Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Tatabahasa

Tatabahasa : Kata Ganti Nama

Lampiran 1-Skrip Lakonan 

Set  Induksi   ( 5 minit ) 

Hassan

 

:

Sejak akhir-akhir ini, aku lihat kau telah banyak berubah.

 

Azim

:

Apa maksud kamu?

 

Hassan dan  Lim

 

:

Kami nampak kau selalu termenung.

 

 

Lim

 

:

Apa masalah kau? Beritahulah kami.

 

Azim

:

Saya sedang menghadapi masalah. Engkau tentu tidak dapat menolong. Pertama ,  ibu saya sedang sakit, sudah empat hari dia masih terbaring di atas katil. Kedua , kakak  pula terpaksa bekerja untuk membantu keluarga. Sejak ayah meninggal dunia, semua duit simpanannya telah habis digunakan. Ketiga , saya sering dimarahi cikgu kerana pelajaran saya merosot. Sebenarnya jiwa ini tertekan.

 

 

Lampiran 2 - Nota 

1.

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama manusia.

2.

Kata ganti nama terbahagi kepada:

 

i.

kata ganti nama diri

 

ii.

kata ganti nama tunjuk

3.

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

4.

Kata ganti nama diri terbahagi kepada:

 

i.

kata ganti nama diri pertama – contoh : saya, aku, daku, patik, hamba , kita, kami dan lain-lain.

 

 

ii.

kata ganti nama diri kedua – contoh : anda, awak, kamu, engkau, tuanku dan lain-lain

 

iii.

kata ganti nama diri ketiga – contoh : baginda, beliau, mereka dan lain-lain

 

5.

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk  menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk  - contoh :  ini,  itu

 

Lampiran 3 

Nama Kumpulan  :  ……………………………….

Ahli kumpulan      :  ………………………………………………………………

 ………………………………………………………………

 

Borang Mengelas Kata Ganti Nama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membanding Beza 

Diri Orang Pertama

Diri Orang Kedua

Diri Orang Ketiga

Kata Ganti Tunjuk

Kata Ganti Tanya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tandatangan       :  …………………………….. 

Ketua Kumpulan  :  …………………………….

 

Lampiran 4

Baca dan asingkan perkataan mengikut kumpulan yang betul 

1.         Adik menjerit apabila ibu mencubitnya. 

2.         Mereka terpaksa melangsaikan hutang-piutang sebelum berpindah ke Sabah. 

3.         “Beta akan berangkat ke Inderapura pada esok pagi,” titah Raja Hunan kepada menterinya. 

4.         Walaupun kami sama-sama handal tetapi cara kami berfikir sangatlah berbeza. 

5.         Dia menghadiahi Sukma sejambak bunga ros. 

6.         Kakak menjahit sehelai baju kurung moden untuk ibu. 

7.         “Sebelum engkau keluar bermain, tolong siapkan semua kerja rumah dahulu,” kata Rita kepada adiknya. 

8.         Ibu menyambut kepulangan daku dengan perasaan gembira. 

9.         “Hamba berjanji akan menghapuskan lanun di perairan Melaka dalam tempoh sepurnama,” kata Hang Lekir kepada Panglima Ali. 

10.    “Ketua kampung itu dihormati kerana beliau sentiasa bersikap adil kepada anak buahnya.

 

Lampiran 5 - Jadual 

Diri Orang Pertama

Diri Orang Kedua

Diri Orang Ketiga

Kata Ganti Tanya

Kata Ganti Tunjuk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lampiran 6

Nama: ………………………………………………………………………….

PERMAINAN BAHASA 

MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

1.        Cari 20 perkataan Kata Ganti Nama  yang tersembunyi dalam petak yang disediakan.

2.      Anda boleh mencari perkataan tersebut secara mendatar, menegak, melintang, mendatar ke belakang, menegak ke belakang, melintang ke bawah sebagainya.

3.      Tiga orang yang dapat menjawab dengan cepat dan tepat akan diberi hadiah 

 

Jawapan

Lampiran 7 

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah. 

1.

“Silalah datang ke rumah ……………..malam ini,” kata Subashini kepada Malina.

 

A.

kami

B.

saya

C.

kalian

D.

kita

 

2.

“…………….semua mesti datang ke sekolah sebelum pukul 8.00 pagi,”  kata Cikgu Hashim.

 

A.

Engkau

B.

Awak

C.

Mereka

D.

Kamu

 

3.

“Saya menjemput…………………ke rumah kerana majlis pertunangan adik saya,” kata Munirah kepada semua rakan sepejabatnya.

 

A.

dia

B.

kita

C.

kalian

D.

mereka

 

4. Raja Muda itu sangat bijak kerana……………..rajin  membaca.
A.

dia

B.

beliau

C.

beta

D. baginda

 

5.

…………….…. telah berjaya mengalahkan pasukan sepak takraw dari negeri Kedah.

 

A.

Mereka

B.

Kamu

C.

Dia 

D.

Beliau

6.

“…………..suka makan mi rebus……..…..pula suka makan apa?” tanya Farah kepada Zaidah.

A.

Saya…….kita   

B.

Saya….kamu

C.

Kamu …..saya

D.

Aku ….dia

 

7.

Pengurus pasukan bola tampar akan menyingkirkan ……………pemainnya yang culas berlatih.

A.

siapa-siapa         

B.

mana-mana

C.

bila-bila                  

D.

apa-apa

 

8.

“Kalau sudi, jemputlah singgah ke teratak buruk ……………,” kata Tun Mamat kepada Bendahara Tun Perak.

A.

saya

B.

kita

C.

hamba

D.

patik

 

9.

“Saya terjumpa akan wang …..…………di ………………,” kata Ranjesh sambil menunjukkan arah Jalan Satu.

A.

itu … sini

B.

ini … itu

C.

ini … sini

D.

ini … situ

 

10.

“Kain sari ini bukan milik …………..tetapi milik ……………,” kata Sonia kepada Kajol sambil memegang kain sari kepunyaan Pooja.

A.

ku  … nya

B.

nya …kau

C.

ku   …mu

D.

mu …ku

 

11.

Para penonton kagum melihat persembahan……………….  bermain dengan senjata tajam.

 

A.

dia

B.

nya

C.

kau

D.

ia

 

12.

Tuan Haji Husnan dihormati kerana…………………pemimpin yang jujur.

A.

ia

B.

beliau

C.

nya

D.

mereka

 

13.

Yusuf telah menghabiskan kesemua kek itu kerana ……………sangat lapar.

A.

nya

B.

saya

C.

dia

D.

kita

 

14.

…………..…..yang tahu bahawa makanan ini telah tercemar pasti tidak mahu memakannya.

 

A.

Apa-apa

B.

Bila-bila

C.

Sesiapa

D.

Mana-mana

 

 

15.

Hubungilah pihak sekolah jika ada …………………… pertanyaan.

A.

mana-mana

B.

apa-apa

C.

siapa-siapa

D.

bila-bila

 

 


Jawapan

      1.   B

2.       D

3.       C

4.       D

5.       A

 

 

 

6.       B

7.       B

8.       C

9.       D

10.  A

 

11.  B

12.  B

13.  C

14.  C

15.  B

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR