|
|
 |
|
|
Simple Past Tenses
Tatabahasa
: Penjodoh Bilangan
|
NOTA
Senarai
Penjodoh Bilangan serta Penggunaannya
|
Penjodoh
Bilangan
|
Penggunaannya
dan Contoh Ayat
|
| 1.
angkatan
|
Digunakan
untuk kumpulan manusia dan benda seperti tentera, penulis, kapal,
dan sebagainya.
Contoh
Ayat:
Seangkatan
penulis muda sedang berbengkel di dewan itu.
|
| 2.
bidang
|
Digunakan
untuk benda-benda yang luas seperti tanah, tikar, layar, dan
sebagainya.
Contoh
Ayat:
Ayah
Amiera memiliki empat bidang tanah di Kota
|
| 3.
carik
|
Digunakan
untuk benda-benda yang dikoyakkan seperti kertas, kain, dan
sebagainya.
Contoh
Ayat:
Secarik
kain telah digunakan untuk mengesat luka adik.
|
| 4.
cucuk
|
Digunakan
untuk sesuatu yang dicucuk dengan lidi seperti sate, buah-buahan,
dan sebagainya.
Contoh
Ayat:
Saya
tidak termakan dua puluh cucuk sate yang dihidangkan oleh ibu Liza.
|
| 5.
das
|
Digunakan
untuk bunyi tembakan atau letupan seperti pistol, senapang, dan
meriam
Contoh
Ayat:
Polis
terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sekumpulan pengganas
bagi meredakan keadaan
|
| 6.
iris
|
Digunakan
untuk sesuatu yang dipotong tipis-tipis seperti daging, bawang, dan
sebagainya.
Contoh
Ayat:
Beberapa
iris
timun telah diletakan dalam pinggan sebagai hiasan.
|
| 7.
kepal
|
Digunakan
untuk sesuatu yang disukat dengan genggam tangan seperti pulut,
nasi, dan sebagainya.
Contoh
Ayat:
Ibu
menyuapi adik sekepal nasi lembik.
|
| 8.
puntung
|
Digunakan
untuk kayu, rokok, dan sebagainya yang berlebih daripada yang
terbakar.
Contoh
Ayat:
Kebakaran
itu berpunca daripada sepuntung rokok.
|
|
Cetak Muka Surat
|
|