TIPS
Kegawatan
Ekonomi Negara
Kegawatan yang melanda negara pada tahun 1997 dan 1998 adalah tidak
diduga dan muncul dengan mendadak. Asas ekonomi negara masih kukuh ketika itu.
Kegawatan ini bermula daripada krisis kewangan di Thailand dan kemudiannya di
Indonesia. Malaysia terperangkap dalam krisis kewangan serantau ini. Satu faktor
utama ialah serangan ke atas mata wang negara. Krisis kewangan ini menjadi
krisis ekonomi sepenuhnya dalam tahun 1998, di mana pertumbuhan ekonomi merudum
7.5 peratus.
Sebenarnya agensi-agensi antarabangsa sendiri tidak menduga tentang
seriusnya masalah ini tatkala itu. Oleh sebab masalah ini berlarutan maka timbul
isu ketidaktentuan, hakisan keyakinan yang menimbulkan kesangsian sama ada
dasar-dasar yang digalakkan oleh Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) akan dapat
mengatasi kegawatan ini. Kejatuhan nilai ringgit, penurunan pasaran saham,
aliran keluar modal yang mempunyai kesan buruk ke atas ekonomi sebenar
meningkatkan kebimbangan di kalangan pemimpin negara tentang prospek pemulihan
ekonomi tatkala itu.
Di negara kita, masalah ini menjadi lebih menyulitkan kerana masyarakat
kita adalah masyarakat majmuk dan negara kita mempunyai agenda sosial untuk
mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum dan wilayah. Kedudukan ekonomi yang
lembab menyukarkan usaha untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut. Oleh itu,
kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk menerajui
usaha-usaha bagi mengadakan dasar-dasar yang bersesuaian dengan hasrat
masyarakat kita. Pada hujung bulan Julai 1998, MTEN telah memperakukan rancangan
pemulihan yang berbeza dengan tindakan-tindakan yang dicadangkan oleh IMF.
Kegawatan ekonomi yang telah melanda negara kita dalam tahun
1998 adalah amat ketara, di mana ekonomi negara mencapai pertumbuhan negatif
sebanyak 7.5%. Tidak pernah negara kita mengalami keadaan sedemikian; pada tahun
1985 ekonomi negara kuncup 1% sahaja. Dari angka mutlak Keluaran Dalam Negara
Kasar pada harga tetap telah berkurangan sebanyak RM14.79 ribu juta antara tahun
1997 dan 1998. Jumlah hasil Kerajaan Persekutuan telah berkurangan pada tahun
1998 sebanyak RM9 ribu juta. Tambahan pula modal bernilai ribuan juta ringgit
juga mengalir keluar untuk mendapat kadar faedah yang lebih tinggi, khususnya ke
Singapura. Di samping itu nilai pasaran modal telah berkurangan dari RM917 ribu
juta dalam tahun 1997 kepada RM309.12 ribu juta pada 8 Jun 1998, menunjukkan
pengurangan "capitalization" sebanyak lebih RM600 ribu juta.
Keadaan ini memberikan kesan yang buruk ke atas ekonomi sebenar “real
economy” dan menjejaskan pendapatan dan peluang bekerja serta mutu
hidup di negara ini.
Dari segi teori, kemelesetan ekonomi negara bererti kekurangan kegiatan
ekonomi, dari erti kata lain, kekurangan jumlah permintaan aggregat sama ada
berbentuk penggunaan ataupun pelaburan mahupun permintaan eksport. Kegawatan ini telah menyebabkan kejatuhan permintaan swasta sama ada
berbentuk pelaburan mahupun penggunaan. Kerajaan terpaksa mengisi
‘kelompangan’ atau ‘gap’ dalam permintaan itu dengan meningkatkan
perbelanjaan awam. Justeru itu kerajaan terpaksa mengadakan dasar-dasar fiskal
yang mengembang (expansionary) menerusi peningkatan perbelanjaan awam, serta
melonggarkan dasar kewangan (monetary) dengan memudahkan pinjaman dan
mengurangkan kadar faedah. Jumlah permintaan meningkat kembali dan kegiatan
ekonomi dapat dirancakkan semula. Ini adalah teras dasar negara sewaktu
kemelesetan.
Dalam pada itu, kedudukan eksport negara telah bertambah baik, khususnya
barang-barang elektronik dan komputer.
Sektor pembuatan telah bertambah giat kembali. Usaha membina rumah-rumah
kos rendah berasaskan ciri-ciri yang lebih baik (3 bilik tidur dan 2 bilik air),
berserta pembinaan sekolah-sekolah baru dan beberapa projek infrastruktur, telah
dipercepatkan bagi membantu peningkatan jumlah permintaan dan jumlah kegiatan
ekonomi negara.
Apabila jumlah permintaan negara keseluruhannya meningkat kembali
hasilnya ialah peluang pekerjaan akan meningkat dan pembuangan kerja berkurangan
manakala paras mutu hidup rakyat dikekalkan.
Latihan
Malaysia
telah menghadapi masalah kegawatan ekonomi lebih dari setahun. Bincangkan
langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan rakyat untuk menangani
masalah ini.
Cadangan
Jawapan
Langkah-langkah
kerajaan :
1.
Menstabilkan nilai ringgit
-
pemilihan
rejim pertukaran asing yang bersesuaian
-
mengurangkan
pergantungan pada dolar Amerika
-
meningkatkan
rizab luar negara
2.
Mengembalikan keyakinan pasaran kewangan
-
mengadakan
peraturan bagi membantu industri yang menghadapi masalah
-
mengamalkan
dasar-dasar liberal dan yang berasaskan pasaran
-
memperbaiki
maklumat penyebaran ekonomi
3.
Mengekalkan kestabilan pasaran kewangan
-
mengekalkan
integriti sistem perbankan
-
suntikan
modal sektor perbankan
-
mengawasi
dengan rapi pertumbuhan keseluruhan kredit
-
memperbaiki
pasaran modal
4.
Memperkukuhkan asas-asas ekonomi
-
meningkatkan
kualiti pelaburan
-
memperbaiki
kedudukan imbangan pembayaran
-
mengekalkan
dasar kewangan yang bersesuaian
-
mengekalkan
kestabilan harga
5.
Meneruskan agenda ekuiti dan sosioekonomi
-
menghapuskan
kesulitan akibat kemiskinan
-
memperluaskan
peluang-peluang pekerjaan
-
memenuhi
keperluan pelajaran tinggi yang pesat berkembang
-
mengatasi
masalah pengangguran siswazah
6.
Merancakkan semula sektor yang terjejas
-
memperkembangkan sektor petroleum, perkilangan, industri
motor
dan teknologi maklumat
-
mempertingkatkan industri pelancongan
-
merancakkan bidang pembinaan dan hartanah
Langkah-langkah
Rakyat :
1.
Berjimat cermat dalam perbelanjaan
-
mengelak
daripada berbelanja di luar negara
-
berbelanja
mengikut keperluan dan kemampuan
-
menambahkan
tabungan
-
menyimpan
wang di bank-bank tempatan
2.
Membeli barangan buatan tempatan
-
anggapan bahawa barangan import lebih bermutu harus dikikis
-
penggunaan barangan tempatan akan mengurangkan import
-
rakyat harus memajukan sektor pertanian untuk menghasilkan
bekalan makanan yang mencukupi
Nota
ingatan :
Karangan
mestilah terdiri dari 5 isi sahaja. Oleh itu para
pelajar boleh memilih 3 isi langkah kerajaan dan 2 isi langkah rakyat atau
sebaliknya.
Cetak Muka Surat
|