|
1.
Dalam bahagian ini, para pelajar perlu memiliki tiga
perkara utama, iaitu kecekapan, menepati masa, dan pantas.
2.
Baca soalan dengan teliti dan garisi kata kunci.
3.
Bahagian ini merupakan markah bonus untuk para
pelajar.
4.
Perkara-perkara asas untuk menjawab bahagian ini
perlu dikuasai oleh para pelajar . Antaranya :
·
Bina jadual setelah membaca petikan.
·
Rangka graf tetap
sama untuk semua soalan seperti :
Berdasarkan
maklumat dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf garisan yang sesuai
untuk menunjukkan punca-punca kebakaran bagi tempoh masa yang dinyatakan.
[20
markah]
Lipatan
sejarah tahun 1992, pasti akan kekal dalam ingatan sebagai tahun yang
penuh tragedi kebakaran di seluruh negara.mengakibatkan jutaan ringgit
hilang begitu sahaja manakala ramai yang menjadi korban.
Persoalan
utama yang bermain di kepala ialah bagaimana kebakaran itu boleh berlaku?
Jawapannya bukan sahaja kecuaian manusia semasa menggunakan bahan-bahan
api tetapi juga sistem kawalan kesalamatan dan sistem pencegahan kebakaran
sesebuah bangunan yang lemah. Sekiranya kawalan keselamatan lengkap dan
berfungsi dengan baik, banyak kebakaran terutamanya di bangunan atau
kawasan kediaman dapat dielakkan.
Jabatan
Perkhidmatan Bomba Malaysia telah mengenal pasti beberapa punca yang
menyebabkan berlakunya kebakaran. Pada tahun 1998 kebakaran yang
disebabkan oleh gangguan kuasa elektrik berjumlah 961 kes. Jumlah kes ini
menurun sebanyak 18 kes pada
tahun berikutnya. Pada tahun 1991, punca kebakaran ini mencatatkan
sebanyak 1,145kes, iaitu peningkatan sebanyak 93 kes berbanding dengan
tahun 1990. Kebakaran yang berpunca daripada gangguan kuasa elektrik
mencatatkan 1,198 kes pada tahun 1992.
Kebakaran
yang berpunca daripada pembuangan puntung rokok mencatatkan kes yang agak
tinggi, iaitu 1,310 kes pada tahun 1998. Pada tahun 1989, angka ini
meningkatkan sebanyak 657 kes dan menjadi 1,967 kes. Pada tahun 1991 pula,
kebakaran akibat pembuangan putung rokok mencatatkan 1,829 kes, iaitu
penurunan sebanyak 1,098 kes berbanding dengan tahun 1990. Pada tahun
1992, punca ini menyebabkan 2,018 kes kebakaran. Ketika itu musim
perayaan, terutama Hari Raya Aidilfitri dan Tahun baru Cina, banyak
kebakaran berlaku di kawasan-kawasan luar Bandar .Permainan mercun yang
berleluasa dan kecuaian ketika bermain mercun juga mengakibatkan kebakaran
berlaku.
Pembakaran
mercun menyebabkan berlakunya banyak kes kebakaran. Umpamanya pada tahun
1988, punca ini menyebabkan 165 kes kebakaran dan bertambah sebanyak 331
kes pada tahun 1989.Namun demikian, pada tahun berikutnya, bilangan
kebakaran yang disebabkan oleh pembakaran mercun berkurangan dengan
catatan 408 kes kebakaran sahaja. Setahun kemudian, iaitu pada tahun1991,
angka ini meningkatkan sebanyak 35 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.
Oleh kerana larangan daripada
kerajaan, bilangan kes kebakaran akibat pembakaran mercun menurun kepada
155 kes sahaja pada tahun 1992.
Pengunaan
ubat nyamuk atau lilin juga dianggap sebagai
salah satu punca yang boleh menyebabkan kebakaran. Pada tahun
1988,1989 dan 1990 kebakaran yang berpunca daripada perbuatan ini
meningkatkan daripada 177 kes, kepada 217 kes dan 272 kes masing-masing.
Namun demikian, bilangan kes kebakaran akibat perbuatan ini menurun
sebanyak 5 kes pada tahun 1991 dan 4 kes pada tahun 1992 berbanding dengan
tahun sebelumnya.
(Sumber:
Diubahsuai daripada Laporan Jabatan Bomba Malaysia)
Jawapan
:
1.
Persediaan jadual
Punca-punca
Kebakaran Pada tahun 1988-1992 di Malaysia
|
Bil
|
Tahun
/
Punca
Kebakaran
|
1988
|
1989
|
1990
|
1991
|
1992
|
|
1
|
Kuasa
elektrik
|
961
|
943
|
1,052
|
1,145
|
1,198
|
|
2
|
Puntung
rokok
|
1,310
|
1,967
|
2,957
|
1,829
|
2,018
|
|
3
|
Mercun
|
165
|
496
|
408
|
443
|
155
|
|
4
|
Ubat
nyamuk / lilin
|
177
|
217
|
272
|
267
|
263
|
(Sumber: Diubahsuai daripada Laporan Jabatan Bomba Malaysia)
Lampiran 1
Malaysia
: Punca-Punca Kebakaran Dari tahun 1988 - 1992

|