Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  STPM > Ekonomi Bahan Arkib 2002
TIP PMR

Teori Permintaan Dan Pelakuan Pengguna

1.      Pengenalan 

Perbincangan ulangkaji kita pada minggu ini adalah berkenaan dengan’Teori permintaan dan pelakuan pengguna’. Di dalam sukatan pelajaran yang baru, tajuk ini dihuraikan dengan hanya menggunakan pendekatan utiliti kardinal. Antara perkara yang kita akan ulangkaji adalah: 

a) Pendekatan utiliti kardinal

b) Bagaimana pengguna mencapai kepuasan maksimum dalam kes;

i.   memilih satu barang sahaja.

ii.  memilih banyak barang dengan harga yang berbeza.

c) menerbitkan keluk permintaan individu.

d) Lebihan pengguna.

 

2.      Pendekatan utiliti kardinal 

Utiliti atau nilai faedah merujuk kepada kepuasan yang diperolehi oleh seseorang pengguna hasil daripada penggunaan sesuatu barang. Semakin tinggi kepuasan yang diperolehi dari penggunaan sesuatu barang maka semakin tinggi utilitinya. 

Menurut pendekatan ini, utiliti boleh diukur secara objektif iaitu dengan menggunakan angka. Nama unit yang digunakan untuk mengukur utiliti ialah ‘util’. Seseorang pengguna dianggap tahu tentang berapa ‘util’ kepuasan yang boleh diperolehi dari penggunaan sesuatu barang. 

Terdapat dua konsep penting yang berkaitan dengan pendekatan ini, iaitu jumlah utiliti dan utiliti sut. Jumlah utiliti bermakna jumlah seluruh kepuasan yang diperolehi dari menggunakan sejumlah barang tertentu. Utiliti sut pula merujuk kepada pertambahan kepuasan yang dinikmati oleh seseorang sebagai akibat dari pertambahan dalam penggunaan satu unit barang tersebut.

Hubungan antara penggunaan sesuatu barang dengan jumlah utiliti serta utiliti sut dapat ditunjukkan melalui jadual dan gambar rajah berikut; 

                                                            Jadual 1

Kuantiti durian

Jumlah utiliti

Utiliti sut

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

0

30

50

65

75

83

87

89

90

88

84

-

30

20

15

10

8

4

2

1

-2

-4

 

                                                                                      


 

                                                                          

Jadual 1 menunjukkan jumlah utiliti akan bertambah apabila bilangan biji durian yang dimakan bertambah. Jumlah utiliti akan capai maksimum apabila 8 biji durian yang dimakan. Selepas biji durian yang ke 8, jumlah utiliti mula menurun. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi dengan merujuk kepada rajah 1. Keluk jumlah utiliti bercerun ke atas dari kiri ke kanan sehingga biji ke 8 dan selepas itu keluk jumlah utiliti mula menurun.

Rajah 2 menunjukkan keluk utiliti sut yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ini disebabkan berlakunya hukum utiliti sut yang berkurangan. Hukum ini menyatakan, jumlah utiliti sut yang diperolehi dari penggunaan suatu barang pada mulanya akan bertambah tetapi dengan kadar yang semakin berkurangan sehingga satu tingkat, utiliti sut menjadi sifar dan seterusnya menjadi negatif. Keluk ini memotong paksi mendatar pada biji durian yang ke 8, menunjukkan utiliti sut bersamaan dengan sifar. Selepas biji durian yang ke 8 dimakan, utiliti sut menjadi negatif. 

 

3.      Keseimbangan pengguna dalam kes memilih satu barang 

Menurut pendekatan utiliti kardinal ini, pengguna diandaikan rasional dan akan cuba mencapai kepuasan yang maksimum berasaskan kepada jumlah pendapatan wang yang diperolehinya. Sekiranya seseorang pengguna hanya membeli satu barang sahaja, ia akan capai mencapai keseimbangan atau memaksimumkan kepuasan apabila utiliti sut barang tersebut sama dengan harga barang itu, iaitu; 

Utiliti sut = Harga 

4.      Keseimbangan pengguna dalam kes memilih banyak barang dengan harga berbeza. 

Andaikan pengguna membeli banyak barang, maka kepuasan maksimum atau keseimbangan tercapai apabila utiliti sut dari ringgit yang terakhir yang dibelanjakan untuk semua barang adalah sama, iaitu 

Utiliti sut X = Utiliti sut Y = Utiliti sut Z = ……. = Peruntukan wang

  Harga X        Harga Y         Harga Z

dan

                    Jumlah perbelanjaan untuk semua barang = Jumlah pendapatan

                   ( Px X Qty x )  +  ( Py  X  Qty y ) + ……….. = Y           

Contoh: 

Andaikan pengguna membeli dua barang sahaja.

Harga X = RM10, Harga Y = RM5, Utiliti sut X dan Y = 50 util.

 

Oleh itu, 

Utiliti sut X = 50  = Utiliti sut Y = 50

                     Harga X      10        Harga Y      5

 

                                    = 5                         = 10

 

Dari contoh di atas jelas menunjukkan pengguna belum lagi mencapai kepuasan yang maksimum. Untuk memaksimumkan kepuasan, pengguna perlu mengurangkan perbelanjaannya ke  atas barang X dan menambahkan perbelanjaan ke atas barang Y sehingga utiliti sut kepada ringgit terakhir yang dibelanjakan ke atas kedua-dua barang sama. 

Jika harga barang berubah, maka utiliti sut sesuatu barang akan berubah. Apabila harga barang naik, utiliti sut ringgit terakhir barang tersebut akan berkurangan dan sebaliknya.

 

5.      Menerbitkan keluk permintaan individu. 

Dengan menggunakan teori utiliti kardinal, kita boleh menunjukkan mengapakah keluk permintaan individu cerun ke bawah. 

Andaikan pengguna telah mencapai kepuasan maksimum apabila membeli barang x dan barang y, iaitu

 

                                    MUx   =   MUy
                                      Px           Py

Katakan harga barang x naik, maka utiliti sut ringgit terakhir barang x akan berkurangan. Jika harga barang y tidak berubah maka; 

                                    MUx    <    MUy  

                                      Px              Py

 

Untuk mencapai kepuasan maksimum, pengguna tersebut perlu mengurangkan pembelian barang x dan menambah barang y. Semakin banyak barang x dibeli, maka semakin kurang utiliti sutnya sedangkan semakin kurang barang y dibeli, maka semakin tinggi utiliti sutnya. Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai.

 

Jelas menunjukkan apabila harga barang x naik, maka kuantiti barang x yang dibeli akan berkurangan dan sebaliknya. Keadaan ini dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah:

            

 

Pada mulanya, pengguna mencapai kepuasan maksimum apabila membeli 4 unit barang x pada harga RM2. Apabila harga barang x naik kepada RM6, pengguna akan mengurangkan pembelian barang x untuk mencapai keseimbangan yang baru.

 

6.      Lebihan pengguna. 

Konsep lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan antara harga yang sedia dibayar ke atas sesuatu barang di pasaran dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai lebihan kepuasan yang diterima daripada apa yang dibayar dengan apa yang sebenar dibayar. 

Lebihan pengguna boleh dihitung dengan menggunakan jadual dan gambar rajah berikut:

Jadual 2

Penghitungan lebihan pengguna secara jadual

 

Kuantiti

(unit)

Harga yang sedia  dibayar (RM)

Harga pasaran se unit (RM)

Lebihan pengguna (RM)

Jumlah lebihan pengguna (RM)

1

2

3

4

12

10

8

6

6

6

6

6

6

4

2

0

6

10

12

12

 

Dari jadual di atas, jumlah lebihan pengguna diperolehi dengan menjumlahkan lebihan pengguna yang diperolehi dari setiap unit barang yang di beli iaitu RM (6 + 4 + 2 + 0) = RM12            

 

 

 

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR