Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  STPM > Ekonomi Bahan Arkib 2002
TIP PMR

Masalah Asas Ekonomi Dan Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.   Jelaskan masalah-masalah berikut:

(a) masalah kekurangan

(b) masalah pilihan

(c) masalah kos lepas.                                                                                                   [6]

 

2.   (a) Apakah yang dimaksudkan dengan KKP dan apakah andaian-andaiannya[4]

(b) Dengan menggunakan gambarajah yang sesuai, huraikan bagaimana kos lepas mempengaruhi bentuk KKP?       [6]

 

3.  Huraikan secara ringkas ciri-ciri utama masalah-masalah asas sesuatu ekonomi.   [6]

 

4.  Terangkan dengan ringkas ciri-ciri yang membezakan sistem ekonomi pasaran

 bebas dengan sistem ekonomi terancang.      [6]

 

5.  Bagaimanakah sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah- 

     masalah asas ekonomi?                         [10]

 


Rangka jawapan 

1.   Berikan maksud dan contoh yang sesuai.

 

2.   (a). Berikan definasi KKP dan huraikan andaian-andaiannya secara ringkas.

(b). Lukiskan dua gambarajah KKP di atas, huraikan bagaimana kos lepas yang
       meningkat dan malar mempengaruhi bentuk KKP.

 

3.      Masalah asas ekonomi (seperti dalam nota ) mempunyai ciri-ciri tertentu:

  1. Melibatkan pilihan – apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa.
  2. Berkait rapat di antara satu dengan lain.
  3. Pelbagai cara penyelesaian – pasaran bebas, campuran dan terancang.
  4. Melibatkan sedikit peranan kerajaan.

 

4.      Bezakan dari segi:

a.      Membuat keputusan ekonomi.

b.      Pemilikan sumber ekonomi.

c.      Penentuan harga

d.      Matlamat.


 

5.   Cara sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi:

a.   Apa dan berapa – diselesaikan melalui sistem harga (gambarajah keluk DD dan SS diperlukan)

b.   Bagaimana – harga menentukan sumber yang akan digunakan. Pilihan teknik pengeluaran berdasarkan kos yang paling minima dan paling cekap.

c.   Untuk siapa – diselesaikan melalui agihan pendapatan faktor pengeluaran.

 

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR