|
1.
Pengenalan
Para pelajar sekelian, pada bulan ini kita akan
cuba membuat ualngkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru semasa berada
di Tingkatan Enam Rendah. Sebagai permulaan, kita akan mengulangkaji
mengenai:
a) Masalah kekurangan,
pilihan dan kos lepas.
b)
Masalah asas ekonomi.
c) Keluk kemungkinan
pengeluaran.
d) Sistem ekonomi.
2. Masalah
Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas.
Akibat daripada sumber ekonomi yang terhad
sedangkan kehendak manusia yang tidak terhad maka timbul masalah
kekurangan, pilihan dan kos lepas.
Masalah Kekurangan
Oleh sebab kehendak manusia adalah tidak terhad
sementara jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki adalah terhad, maka
tidak semua barang dan perkhidmatan yang diperlukan atau dikehendaki oleh
manusia dapat dikeluarkan. Dengan ini masalah kekurangan ini adalah
berkaitan dengan terdapatnya kekurangan faktor-faktor pengeluaran yang
dimiliki oleh manusia untuk memenuhi semua kehendak manusia ini. Oleh itu
wujudlah masalah seterusnya iaitu masalah pilihan.
Masalah Pilihan
Oleh
sebab barang yang ingin digunakan oleh manusia adalah berbagai-bagai dan
mereka tahu bahawa mereka tidak dapat memperolehi semuanya, maka mereka
terpaksalah membuat pilihan. Bagaimanakah cara untuk membuat pilihan itu
dibuat – bergantung kepada agen ekonomi. Contohnya pengguna, oleh kerana
tujuan asasnya adalah untuk memaksimumkan utiliti (kepuasan), maka mereka
akan menyusun barang yang diingini ini mengikut tingkat utiliti yang
diperolehi dari barang tersebut. Barang yang mempunyai tingkat utiliti
yang tertinggi diletakan dibahagian atas, kemudian diikuti oleh barang
yang kedua dan seterusnya. Ini bererti bahawa barang yang akan dipilih
oleh pengguna adalah barang yang mempunyai utiliti yang tertinggi sekali.
Bagi firma pula, oleh kerana tujuan utama mereka
ialah untuk memaksimumkan keuntungan, maka ia akan mengeluarkan barang
yang akan menghasilkan tingkat keuntungan yang tertinggi sekali dan
kemudian diikuti barang yang kedua dan seterusnya.
Bagi kerajaan pula, ia bergantung kepada tujuan
mereka. Jika kerajaan ingin memaksimumkan tingkat kebajikan masyarakat
keseluruhannya, maka ia akan mengutamakan kepada barang yang akan
menghasilkan tingkat utiliti yang tertinggi sekali bagi seluruh masyarakat
tersebut.
Masalah Kos Lepas
Apabila masyarakat telah membuat sesuatu pilihan
terhadap barang yang mereka inginkan, maka ada barang yang akan mereka
perolehi dan ada barang yang tidak diperolehi. Masyarakat tidak boleh
memiliki kesemua barang yang mereka inginkan kerana wujudnya kekurangan
sumber ekonomi. Oleh itu barang yang terpaksa mereka lepaskan (tinggalkan)
dinamakan kos lepas.
3. Masalah
Asas Ekonomi
Terdapat tiga masalah asas yang berlaku dalam sesebuah ekonomi,
iaitu
(a) Apa barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak
(b) Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut.
(c) Untuk siapa barang dikeluarkan.
(a) Apa barang yang
hendak dikeluarkan dan berapa banyak.
Masyarakat perlu menentukan apa barang yang hendak
dikeluarkan kerana wujudnya masalah kekurangan sumber ekonomi (faktor
pengeluaran). Barang yang hendak dikeluarkan mestilah barang yang dapat
memberikan kepuasan (utiliti) yang maksimumkan kepada masyarakat.
Biasanya barang yang akan dikeluarkan bergantung kepada keinginan
atau permintaan dari masyarakat itu sendiri. Setelah ditentukan barang
yang hendak dikeluarkan, maka masyarakat perlu menentukan berapa jumlah
yang akan dikeluarkan. Pengeluaran barang tidak boleh terlalu banyak atau
terlalu sedikit, kerana perkara ini akan merugikan masyarakat itu sendiri.
Oleh itu, masalah berapa banyak barang hendak dikeluarkan bergantung
kepada kuasa beli masyarakat.
(b) Bagaimana cara
hendak mengeluarkan barang tersebut.
Setelah menyelesaikan masalah pertama,
seterusnya masyarakat perlu menentukan cara hendak mengeluarkan barang
tersebut. Kaedah pengeluaran yang dipilih mestilah dapat minimakan kos
pengeluaran dan dapat memaksimumkan keuntungan. Biasanya terdapat
dua kaedah pengeluaran yang boleh dipilih iaitu, kaedah intensif
buruh atau intensif modal.
(c) Untuk siapa barang
dikeluarkan
Seterusnya masyarakat harus memikirkan untuk siapa
barang itu dikeluarkan. Ini merupakan masalah bagaimana caranya barang itu
dapat diagihkan kepada seluruh masyarakat supaya masyarakat dapat
memaksimumkan utilitinya. Masalah ini dapat diselesaikan dengan melihat
corak agihan pendapatan masyarakat.
4.
Keluk
Kemungkinan Pengeluaran
Keluk kemungkinan pengeluaran boleh didefinasikan
sebagai kombinasi-kombinasi jumlah maksimum barang yang boleh diperolehi
oleh agen-agen ekonomi dengan menggunakan jumlah faktor pengeluaran yang
dimiliki (terhad).
Berikut
adalah contoh kombinasi-kombinasi jumlah maksimum barang yang boleh
diperolehi
oleh masyarakat
Jadual
1
|
Pilihan
|
Barang Y
(unit)
|
Barang X
(unit)
|
|
A
B
C
D
E
F
|
1,000
800
600
400
200
0
|
0
400
600
760
900
1,000
|
Untuk menerangkan jadual tersebut, kita perlu menggunakan beberapa
andaian, iaitu:
(a) Negara mempunyai sejumlah faktor pengeluaran
seperti buruh yang terhad jumlahnya.
(b) Hanya dua barang sahaja yang dapat dikeluarkan
oleh sesebuah negara
(c ) Teknologi pengeluaran yang digunakan adalah
tetap.
(d) Negara telah menggunakan semua faktor
pengeluaran yang dimiliki.
Dari
jadual 1 di atas, masyarakat boleh memilih enam kombinasi barang yang
boleh diperolehi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang terhad. Jika
masyarakat memilih kombonasi A, kombinasi barang yang maksimum diperolehi
ialah 1,000 unit barang Y dan 0 unit barang X. Jika memilih kombinasi B
pula, kombinasi maksimum barang yang boleh diperolehi ialah 800 unit
barang Y dan 400 unit barang X dan seterusnya.
Pilihan
kombinasi-kombinasi maksimum yang boleh diperolehi dari jadual di atas
juga dapat ditunjukkan melalui gambarajah berikut,
Dari
gambarajah di atas, pilihan A menunjukkan jumlah barang Y yang diperolehi
adalah 1,000 unit dan tiada barang X diperolehi. Begitulah lain-lain
kombinasi barang yang boleh diperolehi dari setiap pilihan yang dibuat.
Dengan menyambungkan setiap pilihan A hingga F, maka terbentuklah keluk
yang dinamakan keluk kemungkinan pengeluaran.
Konsep Kos Lepas Dan
Bentuk Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
Kos
lepas boleh didefinasikan sebagai jumlah barang yang boleh diperolehi
tetapi terpaksa dilepaskan kerana firma atau pengguna menggunakan
faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki dan terhad jumlahnya untuk
mengeluarkan atau menggunakan barang yang lain.
Bentuk KKP adalah dipengaruhi oleh kos lepas.
Bentuk KKP terdiri dari dua bentuk iaitu berbentuk cembong yang disebabkan
oleh kos lepas yang semakin meningkat dan bentuk garis lurus disebabkan
oleh kos lepas yang malar (tetap).
Kos lepas yang semakin
meningkat
Merujuk
kepada jadual 1 di atas, jika masyarakat memilih kombinasi A , maka ia
akan dapat mengeluarkan sebanyak 1,000 unit barang Y dan tiada pengeluaran
barang X. Jika masyarakat memilih kombinasi B pula, ia akan meningkatkan
pengeluaran barang X sebanyak 400 unit dan terpaksa mengurangkan
pengeluaran barang Y sebanyak 200 unit. Ini kerana buruh yang digunakan
untuk mengeluarkan barang Y telah dikurangkan dan dipindahkan ke
pengeluaran barang X. Oleh itu pengeluaran barang Y akan berkurangan dari
1,000 unit kepada 800 unit, dan pengeluaran barang X bertambah dari 0 unit
kepada 400 unit. Ini bermakna peningkatan barang X sebanyak 400 unit telah
menyebabkan penurunan pengeluaran barang Y sebanyak 200 unit. Oleh itu kos
lepas untuk mengeluarkan 1 unit barang X ialah 200/400 = 0.5 unit barang
Y.
Jika masyarakat memilih kombinasi C,kos lepas untuk
mengeluarkan 1 unit barang X ialah 200/200 = 1 unit barang Y.
Jika
masyarakt memilih kombinasi D pula, kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit
barang X ialah 200/160 = 1.25 unit barang Y.
Pada pilihan E pula, kos lepas untuk mengeluarakan
1 unit barang X ialah 200/140 =
1.43 unit barang Y.
Seterusnya pergerakan kombinasi dari E ke F pula,
kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit barang X ialah 200/100 = 2 unit barang
Y.
Dari
huraian di atas, jelas menunjukkan semakin banyak barang X dikeluarkan,
jumlah barang Y yang terpaksa dilepaskan akan semakin meningkat. Ini di
namakan kos lepas semakin meningkat dan KKP adalah berbentuk cembong
(gambarajah 1)
Kos Lepas Yang Malar
Berikut
adalah jadual yang menunjukkan kombinasi barang yang dapat dipilih oleh
masyarakat untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum.
Jadual
2
|
Pilihan
|
Barang Y
|
Barang X
|
|
A
B
C
D
E
F
|
1,000
800
600
400
200
0
|
0
200
400
600
800
1,000
|
Jadual
pilihan di atas, dapat di lukis dalam bentuk gambarajah seperti berikut:
Merujuk
gambarajah di atas,jika masyarakat bergerak ke titik-titik A,B,C,D,E dan F
maka kita dapati setiap tambahan 200 unit barang X akan mengurangkan
pengeluaran barang Y sebanyak 200 unit juga. Oleh itu kita dapati
pergerakan ke titik-titik tersebut akan menghasilkan kos lepas yang malar
(tetap) dan bentuk KKP adalah bergaris lurus.
5.
Sistem
ekonomi.
Sistem
ekonomi diwujudkan untuk mengatasi masalah asas ekonomi seperti yang telah
dibincangkan di atas. Di antara sistem ekonomi tersebut ialah,
a). Sistem ekonomi pasaran bebas.
b) Sistem ekonomi perancangan pusat
c). Sistem ekonomi campuran.
d). Sistem ekonomi Islam.
|