Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  STPM > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Kesantunan Bahasa

Kesantunan Bahasa: Sapaan dan Rujukan dalam Bahasa Melayu

       Bahasa Melayu mempunyai sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penuturnya mesti  menguasainya dan menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai dengan lawan tutur mereka. Kesalahan penggunaan sapaan dan rujukan ini boleh menimbulkan suasana yang tegang dan tidak harmoni di antara penutur dan lawan tutur. Kata-kata bukan sahaja berfungsi untuk merujuk seseorang tetapi mendukung fungsi memperlihatkan kesopanan  penutur menggunakan bahasa tersebut. 

     Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi, iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, kebiasaannya penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur.  Di dalam hubungan formal, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan tersendiri berbeza daripada situasi tidak formal.

    Dalam situasi formal biasanya pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Pengguna bahasa Melayu tidak boleh mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut secara sesuka hati.

 

Yang berikut diperincikan penggunaan  Kata Ganti diri Sebagai Sapaan dan Rujukan.

KATA GANTI DIRI

ORANG YANG DITUJUKAN


Saudara/saudari


Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis.

Cik

Orang perempuan yang belum berkahwin/ berkedudukan tinggi daripada penutur.

Saya

Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali)

Aku

Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada kenalan rapat.

Patik/hamba

Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja.

Beta

Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan rakyat biasa.

Tuan

Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur.

Puan

Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.

Engkau/Kau

Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan rapat.

Tuk

Kadi/Iman/Penghulu

Anda

Digunakan dalam situasi formal dan boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.

Tuanku/ Baginda

Digunakan kepada raja.

Ia/Dia

Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada objek bukan manusia dan benda.

Beliau

Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati dan mempunyai kedudukan.

Mereka

Kata ganti diri  orang ketiga jamak.

-nya

Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya).  Boleh juga digunakan sebagai kata ganti  diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya)

RUJUKAN ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

ALMARHUM

 Digunakan untuk kerabat diraja lelaki

ALMARHUMAH

Digunakan untuk kerabat diraja wanita

ALLAHYARHAM

Digunakan untuk lelaki Islam

ALLAHYARHAMAH

Digunakan untuk perempuan Islam

MENDIANG

Digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan Islam

SAPAAN DAN RUJUKAN HORMAT BAGI YANG BERGELAR

GELARAN

RUJUKAN HORMAT

Yang di-Pertuan agong dan Raja Permaisuri Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Raja-raja

Duli yang Maha Mulia

Balu Raja

Yang Maha Mulia

Bergelar warisan (Tengku, Raja, Tunku, Engku, Ungku)

Yang Mulia

Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat

Tun
Orang Besar Empat
Toh puan

Yang Amat Berbahagia

Yang Dipertua Negeri

Yang Berbahagia

Tan sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Seri, Datuk seri Paduka.

Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara

Yang Arif

Kadi

Sahibul-Fadilah

Mufti

Sahibus-samahah

Ketua Jabatan

Yang Berusaha



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR