Penulisan
Penulisan:
Karangan Jenis Perbincangan
Lampiran
1
Arahan:
Tulis sebuah karangan
tentang tajuk di bawah. Panjangnya karangan itu hendaklah tidak kurang
daripada 350 patah perkataan.
Wabak
Japanese Encephalitis (JE), malaria, denggi, kolera, hepatitis
dan AIDS sering melanda masyarakat Malaysia. Dengan menggunakan
contoh-contoh penyakit
yang disebutkan, bincangkan punca-punca dan langkah-langkah mengatasi
penyakit berjangkit.
Kumpulan
I dan II
Punca-punca
yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku
Kebanyakan rakyat Malaysia mengabaikan gizi pemakanan yang tidak seimbang.
Hal ini menyebabkan daya tahan penyakit
merosot. Rakyat Malaysia juga tidak menyediakan makanan sendiri kerana
kesibukan bekerja. Mereka gemar makan di luar.
Gerai-gerai makanan mungkin
kotor dan makanan yang dimakan juga
tercemar. Makanan yang tercemar juga mendatangkan
penyakit berjangkit seperti kolera.
Makanan laut juga mudah tercemar dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar . Hal ini kerana sisa haiwan dan
manusia dibuang di situ. Pembuangan najis menyebabkan bakteria E-coli membiak.
Hidupan laut akan tercemar dengan bakteria berkenaan. Jika kita mengambil
makanan yang tercemar kita akan mendapat penyakit hepatitis.
Pencemaran alam sekitar juga merupakan punca
penyakit berjangkit. Alam
sekitar yang kotor, longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung.
Air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes
dan nyamuk tiruk membiak. Gigitan nyamuk-nyamuk ini boleh menyebabkan
penyakit denggi dan malaria. Penyakit Japannese Encephalitis(JE) merebak di
sekitar kandang khinzir yang kotor. Apabila najis khinzir tidak diurus dan
dirawat dengan baik ini akan menyebabkan merebaknya virus nipah yang membiak
melalui nyamuk culeks. (contoh Banyak penduduk
Kampung Nipah, Port Dickson yang terbunuh kerana penyakit JE).
Masyarakat Malaysia juga membunyai tabiat pemakanan yang buruk. Sesetengah penyakit berpunca daripada tabiat suka berkongsi
barang peribadi seperti tuala dan pinggan mangkuk. Penyakit kulit akan merebak
apabila kita berkongsi tuala. Terdapat juga
golongan yang mengamalkan hubungan seks rambang. Mereka ini akan
dihinggapi penyakit kelamin. Yang lebih berbahaya ialah penyakit AIDS . AIDS
juga boleh merebak hasil perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah.
Hal ini kerana jarum suntikan yang tercemar dengan virus HIV akan merebakkan
penyakit itu kepada penagih dadah.
Kumpulan
III dan IV
Langkah-langkah
Mengatasi Penyakit Berjangkit
Kesihatan amat penting kepada
sesorang. Setiap rakyat Malaysia dinasihati menjalani pemeriksaan kesihatan
setiap tahun. Dengan ini kita tahu tahap kesihatan kita sendiri. Rawatan awal
mungkin dapat menyelamatkan nyawa. Kita juga memerlukan suntikan imunisasi
seperti BCG dan Rubella.
Seseorang itu perlu menjaga kesihatan diri dan alam sekitar. Kita harus
mengamalkan pembuangan sampah yang baik. Dengan ini, vektor-vektor penyakit
berjangkit seperti lalat dan nyamuk tidak dapat membiak. Di samping itu kita
juga harus menjauhkan diri daripada pergaulan bebas, tidak melibatkan diri
dengan seks rambang dan jauhi dadah.
Pilihlah amalan pemakanan yang seimbang agar
daya ketahanan penyakit akan meningkat. Maka tubuh badan kita
tidak mudah diserang penyakit. Di samping itu, kita juga perlu menjaga
kebersihan makanan. Elakkan membeli makanan
di gerai-gerai yang kotor dan tercemar. Dengan ini masalah penyakit berjangkit
dapat dielakkan.
Cetak Muka Surat
|