Maksud Seloka Pak Pandir
Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan
tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus
yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana
percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa
lagi. Dirinyapun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan
semata-mata mendengar berita
yang belum pasti.
Sebenarnya, Pak
Pandir ditipu dalam baik tanpa
disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir
suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat
pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak
boleh berbuah. Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku,
sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.
Tema dan Persoalan
Tema seloka ini
ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau
melakukan sesuatu yang akan
merugikan diri sendiri. Persoalan-persoalan lain seloka ini ialah:
kebodohan merugikan diri sendiri, sikap tamak membawa rugi, sikap suka
meniru orang lain tanpa menyedari kebolehan diri sendiri, watak dungu
masyarakat Melayu, jangan percaya kepada khabar angin yang belum tentu
benarnya, dan utamakanlah anggota
keluarga sendiri sebelum memberi layanan istemewa kepada orang lain.
Nilai dan Pengajaran
| i. |
Janganlah kita melakukan perkara yang sia-sia. |
| ii. |
Kita tidak harus mengutamakan orang dagang sehinggakan keluarga sendiri
diketepikan. |
| iii. |
Amalkan sikap waras dalam kehidupan. |
| iv. |
Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan. |
| v. |
Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang yang tidak kita
kenali. |
|