Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  SPM > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Tatabahasa

Tatabahasa : Membina Ayat daripada Kata Banyak Makna

Nota

 

1.

Soalan yang menghendaki anda membina ayat ada berbagai-bagai jenis. Antara jenis-jenis itu termasuklah:

• membina ayat daripada pasangan kata yang bentuknya dikenal sebagai homograf, iaitu kata yang sama ejaan tetapi berlainan bunyinya

2.

Contoh soalan:

 

Bina dua ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan perbezaan maksud.

(a)   letak

(b)   perang

(c)   rendang

(d)   sela

 

3.

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu membaca arahan yang disediakan dengan teliti supaya anda dapat mengetahui kehendak arahan tersebut

4.

Anda juga perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang berikut semasa membina ayat daripada kata yang diberikan, iaitu

 

(a)   Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan.

(b)   Jangan gandakan kata yang diberikan itu dalam jawapan anda.

(c)   Jangan gunakan kata yang diberi itu sebagai simpulan bahsa atau ungkapan, atau kiasan atau sebagainya.

(d)   Ayat yang dibina mestilah menunjukkan makna yang berbeza.

(e)   Elakkan daripada melakukan kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya dalam ayat yang ditulis.

(f)     Binalah ayat yang dapat menjelaskan makna kata yang diberikan untuk jawapan sedemikian

                              (g) Anda perlu juga mengetahui dan menguasai hukum-hukum tatabahasa untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis dan supaya bentuk kata yang diberikan itu dapat anda gunakan dalam bentuk ayat yang betul dan sesuai.

5.

Selepas membina ayat-ayat tersebut, anda perlu menyemak ayat-ayat anda supaya betul.

 

 

 

 Latihan

 

Bina ayat-ayat dengan menggunakan perkataan di bawah bagi menunjukkan perbezaan maksudnya.

 

letak

 

(a)

 

 

____________________________________________________

 

 

(b)

 

____________________________________________________

 

____________________________________________________

 

 

perang

 

 

(a)

 

 

____________________________________________________

 

 

(b)

 

____________________________________________________

 

____________________________________________________

 

 

rendang

 

 

(a)

 

 

____________________________________________________

 

 

(b)

 

____________________________________________________

 

____________________________________________________

 

 

 

 

 

 

 

 

 

selak

 

 

(a)

 

 

____________________________________________________

 

 

(b)

 

____________________________________________________

 

____________________________________________________

 

 

masak

 

 

(a)

 

 

____________________________________________________

 

 

(b)

 

____________________________________________________

 

____________________________________________________

 

 

 

Jawapan

 

letak

 

(a)

Kes kecurian kereta di tempat letak kereta semakin menjadi sejak akhir-akhir ini.

 

 

(b)

 

Badan saya berasa sungguh letak selepas seharian bekerja.

 

 

 

perang

 

 

(a)

Pemuda itu memang gemar memakai baju yang berwarna perang.

 

 

(b)

Perang saudara yang berlaku di negeri itu sudah berlarutan hampir dua puluh tahun.

 

 

 

 

 

 

rendang

 

 

(a)

Pokok rambutan di hadapan rumah Azman sungguh rendang

 

(b)

Emak sedang memasak rendang ayam di dapur.

 

 

 

 

selak

 

 

(a)

“Tolong selak langsir jendela itu,” kata ibu kepada Rahimah.

 

(b)

“Selak pintu itu sebelum kamu masuk tidur,” pesan ayah kepada Daud.

 

 

masak

 

 

(a)

Buah mangga itu belum masak lagi.

 

(b)

Saya sudah masak dengan perangai anak-anak Mak Minah.

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR