Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  SPM > Biologi Bahan Arkib 2002
Mikroorganisma dan Kesannya kepada Kehidupan

Mikroorganisma dan Kesannya kepada Kehidupan : Faktor yang Mempengaruhi Aktiviti Mikroorganisma

NOTA 

1.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma ialah:

 

(a)

Suhu

 

(b)

Kelembapan

 

(c)

Nilai pH persekitaran

 

(d)

Keamatan cahaya

 

(e)

Nutrien

 

 

2.

Suhu

 

(a)

Pada amnya, suhu yang rendah akan mengganggu dan merencat aktiviti mikroorganisma tetapi tidak membunuh mikroorganisma.

 

(b)

Pada suhu tinggi antara (80 –100) ºC, mikroorganisma terbunuh kerana pada suhu tinggi, enzim pada mikroorganisma akan ternyahasli

 

(c)

Ada mikroorganisma  yang tahan terhadap suhu tinggi dan membentuk spora.

 

(d)

Untuk membunuh semua bakteria dan sporanya, suhu melebihi 120 ºC digunakan.

 

 

3.

Kelembapan

 

(a)

Mikroorganisma sesuai hidup dalam keadaan kandungan air di antara (15-20)%.

 

(b)

Dalam keadaan tanpa air, mikroorganisma akan membentuk spora yang tahan keadaan kontang. Spora akan bercambah dan menjadi aktif, apabila kelembapannya sesuai.

 

 

4.

Nilai pH

 

(a)

Setiap mikroorganisma mempunyai nilai pH optimum yang sesuai untuk hidup dan pertumbuhan.

 

(b)

Ada mikroorganisma yang boleh hidup dalam keadaan berasid dan ada yang boleh hidup dalam keadaan beralkali.

 

(c)

Kebanyakan mikroorganisma mempunyai pH optimum yang neutral atau hampir neutral, iaitu 6.5 – 7.5.

 

 

5.

Cahaya

 

(a)

Keamatan cahaya yang tinggi boleh membunuh mikroorganisma.

 

(b)

Sinar ultraungu di dalam cahaya matahari boleh membunuh mikroorganisma.

 

(c)

Mikroorganisma aktif dalam keadaan gelap dan lembap.

 

 

6.

Nutrien

 

(a)

Nutrien diperlukan oleh organisma untuk pertumbuhan, membiak dan menjalankan aktiviti sel.

 

(b)

Kekurangan nutrien boleh menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma terencat.

 

 

 

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR