Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  SPM > Biologi Bahan Arkib 2002
Pergerakan dan Kordinasi Sistem Endokrin

Pergerakan dan Kordinasi Sistem Endokrin 

NOTA

1.

Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam sistem peredaran darah. Rajah 1 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin dalam manusia.

 

2.

Hormon ialah bahan kimia yang disintesiskan oleh kelenjar endokrin yang merembeskannya terus ke dalam sistem peredaran darah.

3.

Jadual 1 menunjukkan kelenjar endokrin yang utama, hormon yang dirembeskan dan fungsi hormon berkenaan.

Kelenjar

Hormon yang dirembeskan

Fungsi

Pituitari

 

(Kelenjar agung)

a. Hormon pertumbuhan (GH)

Merangsang pertumbuhan badan

b. Hormon perangsang tiroid (TSH)

Merangsang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksina.

c. Hormon antidiuresis (ADH)

Merangsang penyerapan semula air dari tubul ginjal.

d. Hormon perangsang folikel (FSH)

Merangsang perkembangan folikel Graaf dan tubul semen.

e. Hormon peluteinan (LH)

Menyebabkan pembebasan ovum daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum.
Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis.

f. Hormon adrenokortikotrof (ACTH)

Merangsang  korteks adrenal menghasilkan hormon.

g. Hormon prolaktin

Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu.

h. Hormon oksitosin

Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin.

Tiroid

Tiroksina

Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria.
Mengawal aras aktiviti, menggalakkan  pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental. 

Kelompok sel Langerhans dalam pankreas

Insulin 

Glukagon

Menyebabkan penukaran glikosa kepada glikogen.
Menyebabkan penukaran glikogen kepada glukosa.

Adrenal

Adrenalina  

 

 

Aldosteron

Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah.

Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium.

Ovari

Estrogen  

 

 

Progesteron

Merangsang  perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada. 

Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus.

Testis

Testosteron

Merangsang perkembangan organ seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar.
Merangsang spermatogenensis.

                                                   Jadual 1

4.

Hormon juga digunakan di dalam bidang perubatan dan penternakan:

 

(a)

Perubatan

 

 

i.

Kanak-kanak yang mengalami kretinisme diberi suntikan hormon tiroksina dan hormon pertumbuhan.

 

 

ii

Pesakit diabetes mellitus diberikan suntikan insulin.

 

 

iii

Penyakit lain yang disebabkan kekurangan hormon adalah seperti diabetes insipidus (kekurangan hormon ADH) dan miksodema (kekurangan tiroksina)

 

 

iv.

Estrogen diberikan kepada wanita untuk mencegah osteoporosis.

 

 

v.

Rawatan hormon kortisol untuk pesakit asma.

 

(b)

Penternakan

 

 

i.

Estrogen sintetik iaitu  dietilstilbestrol(DES) digunakan untuk merangsang pertumbuhan lembu.

 

 

ii.

Bovine Somatotrophine (BST) untuk meningkatan penghasilan susu dalam lembu.

TIP

Pelajar perlu ada penguasaan secara masteri untuk kedudukan kelenjar dalam sistem endokrin, hormon yang dirembeskan, fungsi hormon dan kesan keurangan serta kelebihan hormon berkenaan.



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR