Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Sains Bahan Arkib 2002
Bumi dan Alam Semesta

Bumi dan Alam Semesta: Planet-planet dalam Sistem Suria

NOTA

1.

Bumi merupakan planet yang  ketiga dari Matahari yang terdiri daripada batu-batan serta garam mineral seperti  silikat, sulfida, nikel dan besi.

2.

Jarak Bumi dari Matahari lebih kurang 150 juta kilometer . Hal ini menjadikan Bumi tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas serta sesuai untuk manusia, haiwan dan tumbuhan hidup.

3.

Bumi merupakan satu-satunya planet dalam sistem suria yang mempunyai lapisan hidrosfera iaitu terdapat lautan dan kawasan lain yang berair.

4.

Atmosfera Bumi terdiri daripada oksigen, karbon dioksida, dan nitrogen yang diperlukan oleh kehidupan.

5.

Bumi kita juga mempunyai satelit semula jadi yang dinamai bulan.

6.

Bumi mempunyai ketumpatan lebih kurang sama dengan planet kerdil seperti Utarid dan Zuhrah tetapi lebih tumpat berbanding dengan planet-planet gergasi seperti Musytari , Zuhal, Uranus dan Neptun.

7.

Jadual berikut menunjukkan ciri-ciri planet dalam sistem suria.

 

Planet

Diameter (km)

Tarikan Graviti (Bumi = 1)

Ketumpatan (Air = 1)

Bil. Satelit

Keadaan Permukaan

 

Utarid

 

4850

 

0.180

 

5.4

 

-

·        Tandus dan berbatu-batan

·        Atmosfera nipis

·        Suhu: 200 °C – 400 °C

 

Zuhrah

 

12 104

 

0.903

 

5.2

 

-

·        Tandus dan berbatu-batan

·        Atmosfera tebal - gas karbon dioksida, oksigen dan wap air

·        Terdapat kesan rumah hijau

·        Suhu: mencapai 500 °C

 

Bumi

 

12 756

 

1.000

 

5.5

 

1

·        Berbatu-batan

·        ¾ diliputi air

·        Atmosfera mengandungi oksigen karbon dioksida dan nitrogen

·        Suhu: antara -88 °C – 57 °C

 

Marikh

 

6790

 

0.380

 

3.9

 

2

·        Tandus seperti gurun

·        Kawah gunung berapi dan salji di kutub

·        Atmosfera nipis dengan karbon dioksida

·        Suhu: antara -180 °C – 2 °C

 

Musytari

 

142 600

 

2.640

 

1.3

 

16

·        Permukaan dipenuhi gas yang termampat menjadi cecair.

·        Suhu: -150 °C

 

Zuhal

 

120 200

 

1.160

 

0.7

 

24

·        Planet indah dengan dikelilingi oleh gelang

·        Atmosfera tebal mengandungi nitrogen

·        Mungkin terdapat lautan metana cecair

·        Suhu: -180 °C

 

Uranus

 

52 000

 

1.170

 

1.6

 

5

·        Teras pepejal yang kecil dengan lapisan gas helium, hidrogen dan metana

·        Mempunyai gelang

·        Suhu: - 210 °C

 

Neptun

 

48 000

 

1.170

 

1.7

 

 

2

·        Dipercayai terdapat teras berbatu-batan

·        Atmosfera mengandungi hidrogen dan helium

·        Suhu: - 230 °C

 

Pluto

 

3000

 

-

 

4.7

 

1 atau 2

·        Planet paling kecil

·        Tiada maklumat tentang permukaannya



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR