Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Sains Bahan Arkib 2002
Bahan Api Semula Jadi

Bahan Api Semula Jadi 

BAHAN P&P 

Lampiran P 1 - Latihan Pengukuhan 

Arahan : Jawab semua soalan dengan mengisi tempat kosong.

1.

____________, ____________ dan arang batu merupakan bahan api semula jadi yang terdapat semula jadi dalam kerak ____________.

2.

Petroleum dan ____________  ____________ (metana, etana, propana dan butana) terbentuk daripada sisa ____________ dan ____________ yang telah mati dan termendak di dasar laut berjuta-juta tahun dahulu. Kesan ____________ dan ____________ yang tinggi dengan begitu lama menukarkannya kepada campuran cecair dan bahan meruap (gas asli).

3.

Petroleum adalah campuran beberapa jenis ____________ .

4.

Hidrokarbon adalah sebatian yang terdiri daripada  unsur ____________ dan ____________ .

5.

Tiap-tiap hidrokarbon dalam petroleum mempunyai takat ____________ yang berlainan. Oleh itu ia boleh diasingkan dengan cara ____________  ____________.

6.

Hasil penyulingan berperingkat:

 

7.

Ciri-ciri pecahan petroleum

 

(a)

____________________________________________________

 

(b)

____________________________________________________

 

(c)

____________________________________________________

 

(d)

____________________________________________________

 

(e)

____________________________________________________

8.

Kegunaan pecahan petroleum:

 

(a)

Gas petroleum     

:

_______________________________

 

(b)

Petrol

:

_______________________________

 

(c)

Kerosin

:

_______________________________

 

(d)

Diesel

:

_______________________________

 

(e)

Pelincir 

:

_______________________________

 

(f)

Minyak bahan api

:

_______________________________

 

(g)

Bitumen

:

_______________________________

NOTA

1.

Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan bahan api semula jadi yang terdapat secara semula jadi dalam kerak bumi.

2.

Petroleum dan gas asli (metana, etana, propana dan butana) terbentuk daripada sisa haiwan dan tumbuhan yang telah mati dan termendak di dasar laut berjuta-juta tahun dahulu. Kesan haba  dan suhu yang tinggi dengan begitu lama menukarkannya kepada campuran cecair dan bahan meruap (gas asli).

3.

Petroleum adalah campuran beberapa jenis sebatian.

4.

Hidrokarbon adalah sebatian yang terdiri daripada  unsur karbon dan hidrogen.

5.

Tiap-tiap hidrokarbon dalam petroleum mempunyai takat didih yang berlainan. Oleh itu ia boleh diasingkan dengan cara penyulingan berperingkat.

6.

Hasil penyulingan berperingkat ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.

 

 

7.

Ciri-ciri pecahan petroleum

 

(a)

Takat didih semakin tinggi.

 

(b)

Ketumpatan semakin tinggi.

 

(c)

Apabila terbakar, semakin banyak jelaga kerana molekul setiap pecahan ini mengandungi semakin banyak karbon.

 

(d)

Kelikatan pecahan semakin bertambah.

 

(e)

Warna nyalaan api daripada biru kepada kuning.

8.

Kegunaan pecahan petroleum:

 

(a)

Gas petroleum           - memasak

 

(b)

Petrol                          - kereta, motorsikal

 

(c)

Kerosin                       - kapal terbang

 

(d)

Diesel                         - kenderaan berat (Lori, bas, jentolak)

 

(e)

Pelincir                       - minyak pelincir

 

(f)

Minyak bahan api      - kapal laut

 

(g)

Bitumen                      - jalan raya

9.

Daripada petroleum terbentuk bahan hasil penyulingan petroleum seperti plastik (bakelit, perspek, polietilena, poliestirena), cat, bahan letupan, penggilap, detergen, baja, asid, pestisid dan dadah.

LATIHAN - Model Soalan PMR

1

Apakah yang menyebabkan petroleum boleh disuling berperingkat-peringkat bagi mendapatkan pecahannya?

 

A

Pecahan petroleum menyala dengan nyalaan berbeza.

 

B

Pecahan petroleum  mempunyai takat didih yang berbeza.

 

C

Pecahan petroleum  mempunyai ketumpatan yang berbeza.

 

D

Petroleum mempunya pelbagai jenis gas asli yang meruap pada suhu bilik.

2

Antara yang berikut, turutan pecahan petroleum yang manakah benar?

 

A

Petrol, kerosin, diesel, paraffin, bahan api, bitumen

 

B

Petrol, diesel, kerosin, bahan api, parafin, bitumen

 

C

Petrol, bahan api, kerosin, diesel, parafin, bitumen

 

D

Bitumen, kerosin, bahan api, diesel, parafin, petrol

3

Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang petroleum?

 

A

Bersifat gas pada suhu bilik

 

B

Boleh membeku pada suhu bilik

 

C

Merupakan cecair yang berwarna perang

 

D

Merupakan campuran dari pelbagai jenis hidrokarbon

 

 

4

Rajah 1 menunjukkan penyulingan berperingkat petroleum. Hasil yang dikumpulkan pada  R ialah

 

A

petrol.

 

B

diesel.

 

C

kerosin.

 

D

parafin.

5

Petroleum dibersihkan dengan menggunakan cara

 

A

peretakan.

 

B

penguraian.

 

C

pendidihan.

 

D

penyulingan berperingkat.

 

 

6

Persamaan di atas menunjukkan satu proses pembakaran gas asli. Apakah bahan yang mewakili X dan Y? 

 

 

X

Y

 

A

Oksigen

Air

 

B

Oksigen

Hidrogen

 

C

Hidrogen

Oksigen

 

D

Hidrogen

Karbon

 

 

7

Maklumat di atas merupakan satu daripada sifat bagi pecahan petroleum. Bahan yang dimaksudkan ialah

 

A

gas asli.

 

B

petrol.

 

C

kerosin.

 

D

diesel.

8

Semasa proses penyulingan berperingkat suatu campuran diesel dan kerosin, didapati kerosin tersuling keluar terlebih dahulu. Perkara ini menunjukkan bahawa kerosin mempunyai

 

A

kelikatan yang lebih rendah berbanding diesel.

 

B

ketumpatan yang lebih rendah berbanding diesel.

 

C

takat didih yang lebih rendah berbanding diesel.

 

D

daya tarikan molekul yang lebih lemah berbanding diesel.

9

Antara pasangan pecahan petroleum dengan kegunaannya di bawah, yang manakah tidak benar?

 

 

Pecahan petroleum

Kegunaannya

 

A

Diesel

Bahan api untuk memasak

 

B

Kerosin

Bahan api kapal terbang

 

C

Bitumen

Menurap jalan raya

 

D

Minyak pelincir

Melicinkan enjin kenderaan

10

Aminah memasak makanan dengan menggunakan dapur yang menggunakan gas asli tetapi ia mendapati jelaga masih banyak berlaku. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab perkara ini berlaku?

 

A

Gas yang digunakan terlalu sedikit.

 

B

Pembakaran belum cukup panas.

 

C

Ia menggunakan periuk jenis logam.

 

D

Pembakaran api gas tidak cukup oksigen.

Soalan 11 hingga soalan 15 berdasarkan ringkasan arahan di bawah ini.

Ringkasan Arahan

A

B

C

D

I, II, III

I, II

II, III

I

 

11

Apakah unsur-unsur yang membentuk  hidrokarbon?

 

I

Karbon

 

II

Hidrogen

 

III

Oksigen

12

Antara yang berikut, yang manakah bahan api fosil?

 

I

Gas asli

 

II

Petrol

 

III

Kerosin

13

Petrol dan diesel sama dari segi

 

I

kandungan karbon.

 

II

kandungan hidrogen.

 

III

ketumpatan dan kelikatannya.

14

Apakah hasil pembakaran petrol dalam udara?

 

I

Air

 

II

Karbon dioksida

 

III

Sulfur dioksida

15

Antara yang berikut, yang manakah bahan terhasil daripada penyulingan petroleum?

 

I

Detergen

 

II

Poliestirena

 

III

Polietilena

JAWAPAN

1.      B

6.      A

11.    B

2.      A

7.      B

12.    A

3.      D

8.      C

13.    B

4.      C

9.      A

14.    B

5.      D

10.    D

15.    A

TIP

1

Pelajar harus menyedari bahawa sub topik ini pelajar hanya dikehendaki mengetahui tentang :

 

(a)

pembentukan petroleum.

 

(b)

menghuraikan ciri-ciri pecahan petroleum.

 

(c)

kegunaan hasil pecahan petroleum.

 

(d)

sumbangan petroleum kepada negara.

2.

Antara bentuk soalan yang disoal dalam peperiksaan ialah urutan hasil pecahan   petroleum, kegunaan hasil pecahan, gambar rajah penyulingan berperingkat, perbandingan antara hasil-hasil penyulingan atau persamaannya.



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR