Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Sains Bahan Arkib 2002
Litar Siri dan Selari

Litar Siri dan Selari 

  1. Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.   

  2. Terdapat 2 susunan litar elektrik.

    i)   Litar bersiri

    ii)  Litar selari  

  3. Litar bersiri 

    i) komponen -komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina satu lintasan lengkap. 

    ii) Hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. 

    iii) Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak.  

  4. Litar selari

    i)komponen litar disambung sebelah-menyebelah.

    ii)Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam lirtar ini.

    iii)Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap.

  5. Perbezaan di antara litar bersiri dan selari   

 

Lampiran P 1

Arahan :  Banding dan bezakan antara arus dengan voltan 

Pengurusan Grafik (Banding- beza)

 

 

Kesimpulan  ______________________________________________

 

 


Lampiran P2 

LATIHAN (Penilaian Kendiri) 

Arahan    : Jawab semua soalan

                  Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

 

1.      Lengkapkan jadual di bawah

   

2.   Arus elektrik ialah  pengaliran  elektron  di dalam sesuatu konduktor.


3.   Semakin laju elektron bergerak di dalam sesuatu konduktor semakin  tinggi arus yang mengalir.


4.   Arus elektrik disukat dengan menggunakan  ammeter .


5.   Ammeter disambung secara  bersiri di dalam litar,


6.   Terminal positif ammeter mesti disambungkan ke terminal  positif  sel/bateri.


7.  Unit arus elektrik ialah ampere(A) .


8.  1 Ampere =  1000 mA. 


9.   Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik disebut  konduktor elektrik. 


10. Sifat konduktor yang menentang pengaliran arus disebut rintangan .


11. Semakin tinggi rintangan sesuatu konduktor semakin  rendah  arus yang mengalir melaluinya.


12. Rintangan sesuatu konduktor bergantung kepada

12.1 ______________________(jenis bahan)

12.2 ______________________(ketebalan)

12.3  ______________________(panjang)

12.4   ______________________(suhu)


13. Perintang yang rintangannya boleh diubah-ubah dipanggil reostat.


14. Voltan yang merentasi satu beban boleh disukat dengan
menggunakan voltmeter .


15. Unit voltan ialah  volt(V) .


16. 1 kilovolt  =  1000 volt.


17. Voltmeter disambung secara  selari  dengan beban.


18. Terminal positif voltmeter disambung kepada terminal positif sel/bateri.


19. Terminal negatif voltmeter disambung kepada terminal  negatif sel/bateri. 


20. Anda mempunyai sel, suis, wayar, ammeter, voltmeter dan mentol.


21. Lukiskan litar yang betul untuk menyukat nilai voltan dan arus mentol di bawah.



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR