|
C
C. TENAGA UNTUK KEHIDUPAN
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman
tentang tenaga dan kepentingannya
dalam kehidupan. Tumpuan adalah diberikan kepada aliran tenaga daripada
sumber matahari yang dapat menyokong kehidupan di bumi. Tenaga juga dikaji
penggunaannya untuk menghasilkan kuasa bagi menjalankan kerja serta
penggunaan teknologi yang berkaitan khususnya di dalam bidang pengangkutan
dan komunikasi. Kefahaman tentang sumber tenaga dan kesusutannya adalah
untuk memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya mengamalkan penjimatan tenaga.
1. Bentuk dan Sumber Tenaga
Tajuk ini bertujuan untuk memberi
pengenalan kepada kajian tentang kewujudan tenaga dalam berbagai-bagai bentuk, puncanya daripada berbagai-bagai sumber serta penggunaannya secara berjimat cermat dalam
kehidupan harian.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 1.1 |
Bentuk tenaga: pelbagai tenaga haba, kimia, cahaya, bunyi, sawat,
elektrik dan nuklear |
| 1.2 |
Perubahan bentuk tenaga dan keabadian tenaga |
| 1.3 |
Pengubah tenaga |
| 1.4 |
Aliran tenaga untuk kehidupan: tumbuh-tumbuhan sebagai
pengubah tenaga, rantai makanan, siratan makanan |
| 1.5 |
Sumber tenaga: pelbagai jenis sumber tenaga, matahari sebagai
sumber tenaga terutama, sumber yang boleh
diperbaharui dan yang
tidak boleh diperbaharui, sumber tenaga
utama dan alternatif,
kesusutan sumber tenaga dan penjimatan
tenaga |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
- Menghargai kepentingan tenaga dalam kehidupan serta menyedari
kepentingan mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan tenaga.
2. Makanan dan Pembebasan Tenaga
Kajian di dalam tajuk ini adalah tentang proses-proses yang berlaku di
dalam badan kita untuk membebaskan tenaga yang bermula dari
pengambilan makanan dan oksigen. Ini bertujuan memberi kefahaman
bagaimana sistem badan berfungsi bagi menjamin kesihatan
kita.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 2.1 |
Kelas makanan |
| 2.2 |
Diet seimbang |
| 2.3 |
Kegigian: manusia, herbivor dan karnivor |
| 2.4 |
Sistem pencernaan: pencernaan, penyerapan dan asimilasi makanan |
| 2.5 |
Sistem pengangkutan di dalam tubuh manusia dan tumbuh-tumbuhan |
| 2.6 |
Sistem respirasi: sistem pernafasan, mekanisme pernafasan,
pengoksidaan makanan di dalam sel, pembebasan
tenaga dan kesan
merokok terhadap sistem pernafasan |
| 2.7 |
Perkumuhan di dalam tubuh manusia dan tumbuh-tumbuhan |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menyedari bahawa diet seimbang adalah penting dan mengamalkan
tabiat makan yang baik bagi menjamin kesihatan diri dan orang ramai.
3. Pemakanan dan Pengeluaran Makanan
Kajian di dalam tajuk ini, adalah tentang pengambilan pemakanan yang baik
bagi menjamin kesihatan badan dan sumbangan teknologi di dalam
pengeluaran dan pemprosesan makanan.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 3.1 |
Pengambilan pemakanan yang baik: nilai kalori makanan, keperluan
kalori, malnutrisi, kekurangan pemakanan,
kegendutan, anoreksia,
penyakit yang berkaitan dengan pemakanan |
| 3.2 |
Proses fotosintesis dan pengeluaran makanan |
| 3.3 |
Tumbuh-tumbuhan dan keperluan nutrien: makronutrien,
mikronutrien dan kitar nitrogen |
| 3.4 |
Perkembangan teknologi makanan: memproses makanan, mengawet
makanan, penggunaan bahan kimia di dalam
makanan |
| 3.5 |
Usaha meningkatkan pengeluaran makanan
negara |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Mengamalkan pengambilan pemakanan yang baik dan mengelakkan
pembaziran makanan.
4. Haba dan Pemindahannya
Kajian mengenai kesan haba terhadap jirim dan sifat pemindahannya dan
memahami penggunaan haba dalam kehidupan
harian.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 4.1 |
Perbezaan di antara haba dan suhu |
| 4.2 |
Kesan haba terhadap jirim: pengembangan dan pengecutan serta
aplikasinya dalam kehidupan |
| 4.3 |
Cara pemindahan haba: konduksi, perolakan dan sinaran |
| 4.4 |
Penyerapan dan pancaran haba |
| 4.5 |
Pembebasan dan pengawalan haba oleh manusia dan benda
hidup |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan haba dan
mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah kebakaran dan
kemalangan akibat bahan panas.
5. Elektrik dan Elektromagnet
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang prinsip asas elektrik
dan elektromagnet serta sumbangan tenaga elektrik dalam
mempertingkatkan lagi kesejahteraan hidup
manusia.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 5.1 |
Elektrostatik |
| 5.2 |
Keelektrikan dan litar elektrik: voltan, arus dan rintangan |
| 5.3 |
Kemagnetan |
| 5.4 |
Keelektromagnetan: elektromagnet, aruhan elektromagnet dan
aplikasinya di dalam motor dan dinamo |
| 5.5 |
Elektronik: diod, transistor, induktor, kapasitor, perintang |
| 5.6 |
Penjanaan dan penghantaran elektrik: janakuasa hidro dan prinsip
transformer |
| 5.7 |
Bekalan dan pendawaian elektrik |
| 5.8 |
Penjimatan dan keselamatan dalam penggunaan elektrik |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menghargai kepentingan tenaga elektrik dalam kehidupan serta
mengamalkan langkah penjimatan dan keselamatan dalam penggunaan
elektrik.
6.
Cahaya, Warna dan Penglihatan
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sifat cahaya dan
warna serta peranannya dalam kehidupan dan sumbangan teknologi optik
dalam usaha meningkatkan keupayaan deria
manusia.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 6.1 |
Pembentukan imej: cermin satah, kanta cembung, kanta cekung |
| 6.2 |
Mata, kamera dan alatan optik: cara berfungsi |
| 6.3 |
Penyebaran cahaya: cahaya putih, spektrum cahaya, pembentukan
pelangi |
| 6.4 |
Penyerakan cahaya: kebiruan dan kemerahan langit |
| 6.5 |
Penglihatan objek berwarna |
| 6.6 |
Penambahan dan penolakan warna: warna primer dan sekunder,
tindakan penapis warna, penambahan cahaya
berwarna,pencampuran pigmen dan percetakan warna |
| 6.7 |
Kepentingan warna dalam kehidupan |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk
ini:
· Menghargai penggunaan alatan optik dalam kehidupan.
· Menghargai peranan penting warna dalam kehidupan dan keindahan
alam dengan adanya warna.
7. Tenaga dan Perubahan Kimia
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang berbagai jenis tindak
balas kimia dan kaitannya dengan perubahan tenaga serta aplikasi
kefahaman ini bagi pengeluaran bahan dalam
industri.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 7.1 |
Perubahan kimia dan perubahan fizikal |
| 7.2 |
Pelbagai jenis tindak balas kimia: tindak-tindak balas penyesaran,
gabungan, penguraian, pemendakan dan
pengoksidaan-penurunan |
| 7.3 |
Haba dan tindak balas kimia: tindak balas eksotermik dan
endotermik, pembuatan baja kimia melalui proses
Haber |
| 7.4 |
Keaktifan logam dan aplikasinya |
| 7.5 |
Elektrik dan tindak balas kimia: siri elektrokimia, sel ringkas elektrolisis dan aplikasinya
dalam perindustrian |
| 7.6 |
Cahaya dan tindak balas kimia |
| 7.7 |
Bahan sisa industri: pencemaran bahan kimia, pembuangan bahan
sisa dan kitar semula |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menghargai tindak balas dan perubahan kimia sebagai asas kepada
berbagai proses di dalam aktiviti
perindustrian.
· Menyedari bahawa pembuangan bahan sisa industri mendatangkan
kesan buruk terhadap alam sekitar.
8. Daya dan Gerakan
Tajuk ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kajian tentang
prinsip asas daya dan gerakan. Ini adalah untuk memberi kefahaman
tentang peningkatan kecekapan kerja dan kebolehan anggota badan kita
bergerak.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 8.1 |
Daya dan penyukatannya |
| 8.2 |
Gerakan dan geseran |
| 8.3 |
Tenaga, kerja dan kuasa |
| 8.4 |
Mesin ringkas: tuas dan takal |
| 8.5 |
Kestabilan: psuat graviti dan luas permukaan tapak |
| 8.6 |
Sokongan pada manusia, haiwan dan tumbuhan |
| 8.7 |
Pergerakan anggota badan: otot, tulang dan
sendi |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menghargai sumbangan mesin dalam meningkatkan kecekapan kerja
dan daya produktiviti.
· Menghargai kebolehan anggota badan berfungsi dengan cara yang
teratur dan cekap.
9. Pengangkutan dan Komunikasi
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang perinsip asas gerakan
di darat, air dan udara serta sumbangan bidang elektronik dalam
mempertingkatkan lagi keupayaan penghantaran
maklumat.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
| 9.1 |
Jisim dan Inersia |
| 9.2 |
Gerakan di darat: jarak, masa, kelajuan, pecutan, momentum,
prinsip brek hidraulik, prinsip enjin petrol dan
diesel |
| 9.3 |
Gerakan di air: keapungan, Prinsip Archimedes dan aplikasinya
dalam pengangkutan |
| 9.4 |
Gerakan di udara: tekanan, Prinsip Bernoulli, prinsip enjin jet dan
roket |
| 9.5 |
Kejatuhan bebas: medan graviti, daya graviti, pecutan graviti,
bandingan jisim dengan berat |
| 9.6 |
Litar elektronik ringkas dan penggunaan |
| 9.7 |
Perkembangan dalam teknologi penghantaran maklumat: telegraf,
telefon, radio, televisyen, komputer |
| 9.8 |
Sistem komunikasi
satelit |
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menghargai sumbangan teknologi di dalam bidang pengangkutan dan
penghantaran maklumat.
Cetak Muka Surat
|