Cara-cara
Menyatakan Ketinggian dan Keratan Rentas
|
Cara
|
Makna
|
|
a. lorekan dan ton
 |
Ø
Kawasan tinggi - lorekan
padat dan hitam
Ø
Kawasan rendah - lorekan
jarang dan cerah
|
|
b. warna
|
Ø
Tanah tinggi - warna gelap
seperti coklat, hitam, merah dan ungu
Ø
Tanah rendah - warna hijau
Ø
Sederhana tinggi -
warna kuning
|
|
c. stesen trigonometri
|
Ø
Tanda ini terdapat di kawasan gunung atau
bukit
Ø
.
300 - bermakna
ketinggian gunung ialah 300 meter dari aras laut.
|
|
d. titik ukur tinggi
|
Ø
ditunjukkan dengan satu titik dalam peta
Ø
biasanya menunjukkan ketinggian bukit-bukit
yang rendah
Ø
· 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100 meter
dari aras laut
|
|
e. tanda aras atau
batu aras
|
Ø
tanda ini dilukis dengan anak panah
Ø
diletakkan di sepanjang jalan raya, jalan
keretapi dan di tepi
sungai.
Ø
·
100 bermakna
ketinggian tempat itu ialah 100 meter dari aras laut.
|
|
f. hasyur
|
Ø
garisan-garisan yang pendek dan tebal
menunjukkan cerun yang curam
Ø
garisan-garisan yang panjang dan nipis
menunjukkan cerun yang landai.
Ø
Tidak menunjukkan ketinggian dengan tepat,
hanya anggaran sahaja.
|
|
g. garisan bentuk
|
Ø
Garisan-garisan yang dilukis secara
berputus-putus pada peta.
Ø
Tidak menunjukkan ketinggian denga tepat,
hanya anggaran sahaja.
|
|
h. garisan kontur
|
Ø
Garisan yang dilukis dengan menyambungkan
semua tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .
Ø
Menunjukkan ketinggian dengan tepat
Ø
Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk
muka bumi di sesuatu tempat.
Ø
Garisan kontur berwarna coklat.
Ø
Perbezaan ketinggian di antara dua garisan
kontur dikenali sebagai selang tinggi
|
Garisan
Kontur dan Cerun
Jarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun.
a.
cerun curam -
garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
b.
cerun landai -
garisan – garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
c.
Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas dan
rapat di bawah.
d.
Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas dan
jarang di bawah
e.
Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di antara
satu sama lain.
f.
Cerun bertangga – garisan kontur berselang-seli di
antara rapat dan jarang
Garisan
Kontur dan Bentuk Muka Bumi
Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi
melalui keratan rentas.
a.
tebing tinggi
- garisan kontur
berhampiran tepi pantai.
b.
susuh bukit -
garisan kontur berbentuk ‘V’
dengan hujungnya menghala ke tanah rendah.
c.
dataran tinggi -
garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian tengahnya
kosong.
d.
rabung - garisan
kontur membujur dan rapat
e.
lurah -
garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah
tinggi.
f.
genting dan
pelana – garisan kontur bagi genting
dan pelana adalah sama tetapi bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun
darinya.
Cara
Melukis Keratan Rentas Garisan Kontur
Langkah
1 :
Lukis garisan lurus melintangi garisan kontur dari A ke B
Langkah
2 :
Tandakan pada titik-titik di mana garisan kontur bersilang dengan garisan
AB
Langkah
3 :
i. Lukis
sebuah rangka segi empat tepat di bawah garisan kontur
ii.
Panjang rangka adalah sama dengan garisan AB
iii.
Lukis garisan-garisan melintang selari dengan garisan A
B
iv.
Buat skala menegak untuk ketinggian
Langkah
4 : Lukis
garisan-garisan serenjang di managarisan-garisan serenjang
bertemu dengan garisan-garisan melintang pada rangka
|