Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Geografi Bahan Arkib 2002
TIP PMR

Kemahiran Geografi : Kedudukan

Garisan Timuran dan Garisan Utaraan

 

1.   Dalam peta  topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali

      sebagai  garisan grid. 

2.   Garisan grid yang dilukis secara menegak disebut garisan timuran dan 

      garisan grid yang dilukis secara mendatar disebut garisan utaraan.

3.   Garisan timuran dinomborkan dari barat ke timur, seperti rajah di bawah:
      

 

4.   Garisan utaraan dinomborkan dari selatan  ke utara. Seperti rajah di

            bawah.
            

 

5.     Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai        panduan grid(PG)   atau rujukan  grid (RG).

        6.   Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca    panduan grid atau rujukan grid.  Apabila membaca panduan grid, nilai garisan timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh  nilai garisan utaraan.

  

 

 

 

Panduan Grid Empat Angka dan Enam Angka  

 

  1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat  atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.

 

  1. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh dua angka  bagi garisan  utaraan.

 

  1. Contoh:-

4.   Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik    di atas peta topo.

5.   Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca        dahulu dan diikuti oleh  tiga angka  bagi garisan utaraan.
1. Contoh:-
    

Tempat

PG  6  angka

A

218123

B

210120

 

 

Rumusan 

Peta Konsep

 

  •             untuk menyatakan kedudukan                     untuk menyatakan kedudukan        

                         sesuatu  tempat                                                sesuatu titik   

     

     

  •  

     

     



     



    Cetak Muka Surat

     

    TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

    Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
    UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

     

    Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
    UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR