Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Geografi Bahan Arkib 2002
Simple Past Tenses

Kemahiran Geografi : Skala dan Jarak

  1. Peta topografi mempunyai maklumat mengenai ciri-ciri budaya dan ciri-ciri fizikal. 

  2. Ciri-ciri budaya merujuk kepada  ciri-ciri buatan manusia seperti jalan raya, jalan kereta api, petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain lagi.

  3. Ciri fizikal merujuk kepada bentuk-bentuk muka bumi semula jadi seperti tanah tinggi,   tanah pamah, sungai  dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.



  4. Langkah-langkah mentafsir peta topografi ialah:-

                a) Perhatikan tajuk peta yang di beri(jika ada)

                b) menyatakan kawasan, kedudukan dan arah kawasan

                c) anggarkan luas kawasan

                d) Kaji ciri-ciri fizikal kawasan kajian

                e) Kaji ciri-ciri penggunaan tanah dengan merujuk kepada simbol-simbol

                   yang  digunakan seperti simbol untuk tumbuhan semula jadi, tanaman,
                    perlombongan, petempatan dan perhubungan.

  5. Tanaman

    Bentuk muka bumi

     

    Petempatan

    Ciri-ciri lain

    Padi

    Tanah  pamah rendah dan  rata

     

    Berjajar di sepanjang tali air dan tetambak

     

    Parit, tali air, benteng, lorong jalan kaki

    Kelapa sawit

    Tanah pamah beralun dan lereng bukit rendah

     

    berkelompok

    Jalan kereta api ringan dan jalan tidak berturap

    Getah

    Tanah pamah beralun dan lereng bukit rendah

     

    Kebun kecil – berselerak

     

    Ladang - berkelompok atau berpusat

     

    Lorong jalan kaki, sekolah, klinik dan kuil.

     Saling kaitan antara tanaman, bentuk muka bumi dan  petempatan.


    Latihan 

    Tiap-tiap soalan yang tidak lengkap yang berikut, diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A,  B,  C  dan  D.  Antaranya hanya ada satu jawapan yang betul.  Pilih atau tandakan jawapan itu.

     

    Soalan  1 hingga  4  berdasarkan peta yang berikut.

     

    1. Skala penyata bagi peta di atas ialah… 

        A. 1 cm mewakili 5 m
        B. 1 cm mewakili  500 m

       
    C. 1 cm mewakili 50 km
       
    D. 1 cm mewakili 5000 km

     

    2. Panjang sungai Terasik ialah…

        A.  3 km                  B. 4 km                       C. 5 km                       D. 6 km

    3. Luas kawasan tanaman padi yang dianggarkan  ialah… 

        A. 1 – 1.25 km persegi
        B. 1.25 – 1.5 km persegi
        C. 1.5 – 2 km persegi
        D. lebih daripada 2 km persegi

    4. Luas kawasan ladang getah ialah…

        A. 100 – 200 hektar
        B. 250 – 500 hektar
        C. 500 – 1000 hektar
        D. kurang daripada 100 hektar


    5. Jika peta berskala 1 cm mewakili 1 km, berapakah luas sebuah  padang yang  meliputi  4  persegi grid?

        A. 1 km persegi
        B. 2 km persegi
        C. 3 km persegi
        D. 4 km persegi

     

     

     Soalan 6 hingga Soalan 9 berdasarkan peta di bawah.
     

    6. Panjang sungai Kapas ialah…

        A. 7 km                   B. 10 km                     C. 12 km                    D. 15 km

    7. Luas kawasan hutan paya dianggarkan…

       A.  4.75 km persegi
       B.  8 km persegi
       C. 10. 25 km persegi
       D.  21 km persegi


    8. Luas kawasan hutan rimba dianggarkan… 

        A. 725 hektar
        B. 300 hektar
        C. 1950 hektar
        D. 3000 hektar


    9. Garisan  AB  mungkin sekali  cerun…


        A.  curam
        B.  sekata
        C. cembung
        D. cekung


    10. Pecahan pengimbang bagi skala penyata 1 cm mewakili  50 meter ialah…

        A. 1
    : 500  
        B. 1
    : 5000
        C. 1
    : 50 000
        D. 1
    : 500 000


    Soalan  11 dan  Soalan 12  berdasarkan pernyataan di bawah. 

     

    •        Luas satu persegi grid berukuran  20 mm ´ 20 mm ialah  1  km  persegi

     

    11. Apakah luas suatu kawasan yang meliputi 20 grid penuh, 5 grid separuh
           penuh dan 3 grid satu perempat penuh?

         A. 235 km persegi
         B. 232.5 km persegi
         C. 23.5 km persegi
         D. 23.25 km persegi


    12. Luas kawasan  tersebut dalam unit hektar ialah…

        A. 232 hektar
        B. 2335 hektar
        C. 23250 hektar
        D. 2325 hektar


    13. Bagaimanakah luas sesuatu kawasan dalam peta topografi dapat
           ditentukan?

         A. Melihat arah kawasan tersebut
         B. Mengira bilangan segiempat grid yang diliputi oleh
             kawasan tersebut
         C. Melihat kedudukan kawasan tersebut
         D. Mengukur jarak segiempat grid yang diliputi oleh
             kawasan tersebut


     Skala :  1 cm mewakili  1 km persegi

    Luas   kawasan paya di dalam peta :  10 cm persegi 

    14. Luas  sebenar kawasan paya di dalam peta ialah…

         A. 10 km persegi
         B. 100 km persegi
         C. 1000 km persegi
         D. 100 000 km persegi


    15. Garisan kontur yang jarang menunjukkan cerun…

         A. curam
         B. bertangga
         C. landai
         D. cekung

    16. Perbezaan ketinggian antara dua garisan kontur dikenali sebagai…

         A. skala
         B. bearing
         C. selang tinggi
         D. panduan grid


    17. Bagaimanakah bearing sesuatu  tempat di atas peta boleh diukur?

        A. kertas
        B. benang
        C. jangka tolok
        D. kompas magnetik   

    18. Pernyataan yang manakah dikaitkan dengan jarak relatif?

          A. Jarak sesuatu tempat di atas peta
          B. Jarak berdasarkan kos dan masa
          C. Jarak sebenar di atas bumi
          D. Jarak yang diukur dalam unit meter


    19.  

     Jarak rumah Ali dari sekolahnya ialah 2.5 cm.
    Skala peta ialah 1 : 500 000
     

    Berapakah jarak sebenar rumah Ali dari sekolahnya?

         A. 2.5 km  
         B. 125 km
         C. 12.5 km
         D. 2.5 km


    20. Skala  sebuah  peta boleh ditunjukkan dalam bentuk…

          I    perpuluhan

         
    II   pecahan pengimbang
          III  skala lurus
          IV  jarak mutlak

         A. I dan II
         B. II dan III
         C. III dan IV
         D. I dan IV

     


    JAWAPAN

    1

    B

    6

    D

    11

    D

    16

    C

    2

    C

    7

    D

    12

    D

    17

    D

    3                                                         

    C

    8

    D

    13

    B

    18

    B

    4

    A

    9

    B

    14

    A

    19

    C

    5

    D

    10

    B

    15

    C

    20

    B

     

     

    Lembaran Kerja 1 

    1.       Anggarkan keluasan kawasan-kawasan yang berikut:

    (a)       kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi 50 meter -  9.5 km²

    (b)       kawasan kolam air – 17.75 km² 

    (c)       kawasan paya bakau – 7.25 km²

    (d)       kawasan padi -  23.25 km² 

    2.       Berikan dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengira keluasan sesebuah tempat?

    (a)       garisan grid

    (b)       segi empat grid

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR