Penulisan
Penulisan
: Surat Kiriman Rasmi
|
1.
|
Surat
kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan
rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan, dan
sebagainya.
|
|
2.
|
Surat
kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri.
|
|
3.
|
Fahami
tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.
|
Contoh
Format Surat Kiriman Rasmi

Contoh
surat kiriman rasmi yang lengkap
Kompleks
Penghulu,
Mukim Jorak,
12, Pekan Pagoh,
84600 Muar,
Johor
Darul Takzim.
Ketua
polis,
Balai Polis Daerah Muar,
Jalan Petrie,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.
12 MAC 2000.
Tuan,
Cadangan
Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh
Merujuk
perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan
penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan
kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara
yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini
untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak
tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.
2. Cadangan saya yang pertama adalah
untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu
pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit
Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan
inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu
yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah
untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa
itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.
3.
Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat
sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini,
permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak
yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak
terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang membawa
muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan
dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu
lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang.
Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha
mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik
menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk
mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya
yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan.
4.
Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah
keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di
kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan
kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat
melindungi pengguna jalan raya yang lain.
5.
Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan
sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba
motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak
boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam
di samping membahayakan nyawa mereka.
6.
Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan
perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat
meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap
agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan
penduduk di pekan ini terjamin.
Sekian
untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Yang
menjalankan tugas,
Mohiddin
(MOHIDDIN
BIN YASMIN)
Penghulu Mukim Jorak
Cetak Muka Surat
|