Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Pemahaman

Pemahaman : Puisi Tradisional – Pantun Budi

Analisis Pantun Budi

Tema

Tema pantun ini ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang menjerumus kepada nilai budi dalam kehidupan manusia dahulu dan sekarang

 

Persoalan

 

i.

Persoalan budi yang baik akan menjadi ingatan sepanjang masa

ii.

Persoalan manusia perlu berbudi jika tidak mahu dihina masyarakat

iii.

Persoalan lumrah manusia lebih mengutamakan harta kekayaan daripada budi

Ciri-Ciri

i.

Pantun empat kerat ini terdiri daripada empat rangkap pantun dengan empat baris setiap rangkap.

ii.

Mengandungi empat hingga enam perkataan dan lapan hingga sepuluh suku kata setiap baris.

iii.

Rima akhir yang terikat iaitu berciri a, b, a, b. Contohnya, rangkap 2 pantun ini.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi
.

iv.

Terdapat jeda (hentian sebentar) di tengah baris. Contohnya Rangkap 3 pantun ini:

Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Nilai & Pengajaran

i.

Kesopanan. Kita hendaklah bersopan-santun dan berbudi bahasa.

ii.

Kasih sayang. Kita hendaklah saling mengasihi sesama manusia tanpa mengira kaum atau keturunan.

iii.

Kesederhanaan. Kita hendaklah bersikap serba sederhana bagi mewujudkan saling bekerjasama, bertolak ansur, dan suka menunjuk-nunjuk.

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR