|
Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa
nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
|
Kata
Sendi
|
Penggunaan
|
Contoh
|
|
ke
|
1.
Tempat
2.
Benda
konkrit (tak bernyawa)
3.
Masa
|
1.
Saya
pergi ke Pahang.
2.
Bola
itu dicampak ke
dinding.
3.
Dia
belum pulang hingga ke hari ini.
|
|
kepada
|
1.
benda
konkrit(bernyawa)
2.
benda
abstrak(kecuali masa)
|
1. Buku itu diserahkan kepada
Ali.
2. Penyakit itu membawa
kepada
penderitaan.
|
|
dari
|
1. tempat
2. waktu
|
1. Ali
datang dari Johor.
2. Aku
akan belajar mulai dari
hari
ini.
|
|
daripada
|
Umum
1.
Orang
2.
asal
kejadian
3.
perbandingan
|
1. Bunga
itu hadiah daripada
guru.
2. Kerusi
dibuat daripada kayu.
3. Aisyah
lebih cantik daripada
Swee Lan.
|
|
di
|
tempat
|
Saya
tinggal di Jalan Utara.
|
|
pada
|
1. masa
2. orang
3. benda
abstrak
|
1. Pada
zaman ini ,komputer
adalah penting.
2. Buku
itu aada pada Ali.
3. Pada
pendapat saya,ayat itu
salah.
|
|
Kata
Sendi yang lain :
bagi
hingga
oleh
untuk
sampai
akan
demi
dalam
tentang
dengan
bagai
terhadap
sejak seperti
|
Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata,
frasa dan ayat.

|
Kata
Hubung
|
Contoh
Penggunaannya
|
|
Apabila
|
Para
penonton tertawa apabila
melihat telatah pelawak itu.
*Kata
hubung apabila tidak
boleh digantikan dengan kata bila.
Bila sebenarnya merupakan kata tanya.
|
|
Supaya
/ agar
|
Anda
perlu berakhlak mulia supaya
anda dihormati orang. (atau)
Anda
perlu berakhlak mulia agar
anda dihormati orang.
*
Agar dan supaya
mendukung makna yang sama .Oleh
itu, pilihlah salah satu saja.
|
|
Oleh
sebab
|
Pertandingan
syarahan itu diabtalkan oleh sebab
tidak mendapat sambutan
*
Penggunaan oleh kerana
salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan
bukannya kata hubung
|
|
Jika
/ sekiranya
|
Saya akan datang
jika hari tidak hujan.
Saya
akan datang sekiranya hari
tidak hujan.
*Kata jika dan sekiranya
mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja.
|
Petikan 1
Semenjak Malaysai mencapai kemerdekaan ,telah banyak
kemajuan dicapai dari setahun ke setahun .Malaysia terus maju
.Perubahan dan kemajuan ini berlaku dalam semua bidang, baik
ekonomi,politik mahupun sosial. Menyorot kembali sejarah kemajuan
kita, jasa pemimpin-pemimpin lalu
tidak patut kita lupakan. Patutlah kita ingat bagaimana pada
masa dahulu mereka berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan .Apabila
telah mendapat kemerdekaan pula
,mereka berjuang untuk pembangunan. Perjuangan ini tidak akan
berhenti lalu disambung oleh pemimpin-pemimpin kini. Demikian
besar pengorbanan mereka, maka perlulah kita hargai.
|