C. TENAGA UNTUK KEHIDUPAN

Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang tenaga dan kepentingannya dalam kehidupan. Tumpuan adalah diberikan kepada aliran tenaga daripada sumber matahari yang dapat menyokong kehidupan di bumi. Tenaga juga dikaji penggunaannya untuk menghasilkan kuasa bagi menjalankan kerja serta penggunaan teknologi yang berkaitan khususnya di dalam bidang pengangkutan dan komunikasi. Kefahaman tentang sumber tenaga dan kesusutannya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya mengamalkan penjimatan tenaga.

1. Bentuk dan Sumber Tenaga

Tajuk ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kajian tentang kewujudan tenaga dalam berbagai-bagai bentuk, puncanya daripada berbagai-bagai sumber serta penggunaannya secara berjimat cermat dalam kehidupan harian.

Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

1.1 Bentuk tenaga: pelbagai tenaga haba, kimia, cahaya, bunyi, sawat, elektrik dan nuklear
1.2 Perubahan bentuk tenaga dan keabadian tenaga
1.3  Pengubah tenaga
1.4 Aliran tenaga untuk kehidupan: tumbuh-tumbuhan sebagai pengubah tenaga, rantai makanan, siratan makanan
1.5 Sumber tenaga: pelbagai jenis sumber tenaga, matahari sebagai sumber tenaga terutama, sumber yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, sumber tenaga utama dan alternatif, kesusutan sumber tenaga dan penjimatan tenaga

Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:

    2. Makanan dan Pembebasan Tenaga

        Kajian di dalam tajuk ini adalah tentang proses-proses yang berlaku di
        dalam badan kita untuk membebaskan tenaga yang bermula dari
        pengambilan makanan dan oksigen. Ini bertujuan memberi kefahaman
        bagaimana sistem badan berfungsi bagi menjamin kesihatan kita.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

2.1 Kelas makanan
2.2 Diet seimbang
2.3  Kegigian: manusia, herbivor dan karnivor
2.4 Sistem pencernaan: pencernaan, penyerapan dan asimilasi makanan
2.5 Sistem pengangkutan di dalam tubuh manusia dan tumbuh-tumbuhan
2.6 Sistem respirasi: sistem pernafasan, mekanisme pernafasan,
pengoksidaan makanan di dalam sel, pembebasan tenaga dan kesan
merokok terhadap sistem pernafasan
2.7 Perkumuhan di dalam tubuh manusia dan tumbuh-tumbuhan

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Menyedari bahawa diet seimbang adalah penting dan mengamalkan
        tabiat makan yang baik bagi menjamin kesihatan diri dan orang ramai.

    3. Pemakanan dan Pengeluaran Makanan

        Kajian di dalam tajuk ini, adalah tentang pengambilan pemakanan yang baik
        bagi menjamin kesihatan badan dan sumbangan teknologi di dalam
        pengeluaran dan pemprosesan makanan.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

3.1 Pengambilan pemakanan yang baik: nilai kalori makanan, keperluan
kalori, malnutrisi, kekurangan pemakanan, kegendutan, anoreksia,
penyakit yang berkaitan dengan pemakanan
3.2 Proses fotosintesis dan pengeluaran makanan
3.3  Tumbuh-tumbuhan dan keperluan nutrien: makronutrien, mikronutrien dan kitar nitrogen
3.4 Perkembangan teknologi makanan: memproses makanan, mengawet
makanan, penggunaan bahan kimia di dalam makanan
3.5 Usaha meningkatkan pengeluaran makanan negara      

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Mengamalkan pengambilan pemakanan yang baik dan mengelakkan
        pembaziran makanan.

    4. Haba dan Pemindahannya

        Kajian mengenai kesan haba terhadap jirim dan sifat pemindahannya dan
        memahami penggunaan haba dalam kehidupan harian.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

4.1 Perbezaan di antara haba dan suhu
4.2 Kesan haba terhadap jirim: pengembangan dan pengecutan serta aplikasinya dalam kehidupan
4.3  Cara pemindahan haba: konduksi, perolakan dan sinaran
4.4 Penyerapan dan pancaran haba
4.5 Pembebasan dan pengawalan haba oleh manusia dan benda hidup

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan haba dan
        mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah kebakaran dan
        kemalangan akibat bahan panas.

    5. Elektrik dan Elektromagnet

        Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang prinsip asas elektrik
        dan elektromagnet serta sumbangan tenaga elektrik dalam
        mempertingkatkan lagi kesejahteraan hidup manusia.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

5.1 Elektrostatik
5.2 Keelektrikan dan litar elektrik: voltan, arus dan rintangan
5.3  Kemagnetan
5.4 Keelektromagnetan: elektromagnet, aruhan elektromagnet dan
aplikasinya di dalam motor dan dinamo
5.5 Elektronik: diod, transistor, induktor, kapasitor, perintang
5.6 Penjanaan dan penghantaran elektrik: janakuasa hidro dan prinsip
transformer
5.7 Bekalan dan pendawaian elektrik
5.8 Penjimatan dan keselamatan dalam penggunaan elektrik

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Menghargai kepentingan tenaga elektrik dalam kehidupan serta
        mengamalkan langkah penjimatan dan keselamatan dalam penggunaan
        elektrik.

    6. Cahaya, Warna dan Penglihatan

        Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sifat cahaya dan
        warna serta peranannya dalam kehidupan dan sumbangan teknologi optik
        dalam usaha meningkatkan keupayaan deria manusia.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

6.1 Pembentukan imej: cermin satah, kanta cembung, kanta cekung
6.2 Mata, kamera dan alatan optik: cara berfungsi
6.3  Penyebaran cahaya: cahaya putih, spektrum cahaya, pembentukan
pelangi
6.4 Penyerakan cahaya: kebiruan dan kemerahan langit
6.5 Penglihatan objek berwarna
6.6 Penambahan dan penolakan warna: warna primer dan sekunder,
tindakan penapis warna, penambahan cahaya berwarna,pencampuran pigmen dan percetakan warna
6.7 Kepentingan warna dalam kehidupan   

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Menghargai penggunaan alatan optik dalam kehidupan.
      · Menghargai peranan penting warna dalam kehidupan dan keindahan
        alam dengan adanya warna.

    7. Tenaga dan Perubahan Kimia

        Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang berbagai jenis tindak
        balas kimia dan kaitannya dengan perubahan tenaga serta aplikasi
        kefahaman ini bagi pengeluaran bahan dalam industri.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

7.1 Perubahan kimia dan perubahan fizikal
7.2 Pelbagai jenis tindak balas kimia: tindak-tindak balas penyesaran,
gabungan, penguraian, pemendakan dan pengoksidaan-penurunan
7.3 Haba dan tindak balas kimia: tindak balas eksotermik dan endotermik, pembuatan baja kimia melalui proses Haber
7.4 Keaktifan logam dan aplikasinya
7.5 Elektrik dan tindak balas kimia: siri elektrokimia, sel ringkas             elektrolisis dan aplikasinya dalam perindustrian
7.6 Cahaya dan tindak balas kimia
7.7 Bahan sisa industri: pencemaran bahan kimia, pembuangan bahan
sisa dan kitar semula

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Menghargai tindak balas dan perubahan kimia sebagai asas kepada    
        berbagai proses di dalam aktiviti perindustrian.
      · Menyedari bahawa pembuangan bahan sisa industri mendatangkan
        kesan buruk terhadap alam sekitar.

    8. Daya dan Gerakan

        Tajuk ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kajian tentang
        prinsip asas daya dan gerakan. Ini adalah untuk memberi kefahaman
        tentang peningkatan kecekapan kerja dan kebolehan anggota badan kita
        bergerak.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

8.1 Daya dan penyukatannya
8.2 Gerakan dan geseran
8.3  Tenaga, kerja dan kuasa
8.4 Mesin ringkas: tuas dan takal
8.5 Kestabilan: psuat graviti dan luas permukaan tapak
8.6 Sokongan pada manusia, haiwan dan tumbuhan
8.7 Pergerakan anggota badan: otot, tulang dan sendi

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Menghargai sumbangan mesin dalam meningkatkan kecekapan kerja
        dan daya produktiviti.
      · Menghargai kebolehan anggota badan berfungsi dengan cara yang
        teratur dan cekap.

    9. Pengangkutan dan Komunikasi

        Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang perinsip asas gerakan
        di darat, air dan udara serta sumbangan bidang elektronik dalam
        mempertingkatkan lagi keupayaan penghantaran maklumat.

        Isi kandungan utama bagi tajuk ini:

9.1 Jisim dan Inersia
9.2 Gerakan di darat: jarak, masa, kelajuan, pecutan, momentum,
prinsip brek hidraulik, prinsip enjin petrol dan diesel
9.3  Gerakan di air: keapungan, Prinsip Archimedes dan aplikasinya
dalam pengangkutan    
9.4 Gerakan di udara: tekanan, Prinsip Bernoulli, prinsip enjin jet dan
roket
9.5 Kejatuhan bebas: medan graviti, daya graviti, pecutan graviti,
bandingan jisim dengan berat
9.6 Litar elektronik ringkas dan penggunaan
9.7 Perkembangan dalam teknologi penghantaran maklumat: telegraf,
telefon, radio, televisyen, komputer
9.8 Sistem komunikasi satelit

        Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
      · Menghargai sumbangan teknologi di dalam bidang pengangkutan dan
        penghantaran maklumat.