KANDUNGAN
Setiap tajuk dalam sukatan pelajaran ini
dihuraikan untuk menunjukkan tumpuan dengan
menjelaskan isi kandungan utama yang meliputi pengetahuan sains dan aplikasinya.
Aplikasi sains ini dinyatakan apabila perlu dan sesuai. Nilai-nilai murni yang
boleh
dipupuk menerusi sesuatu tajuk itu juga dinyatakan. Kemahiran saintifik seperti yang disenaraikan di atas tidak dihuraikan di bawah
mana-mana tajuk memandangkan bahawa perkara tersebut merentasi pembelajaran kesemua
tajuk-tajuk itu. Walau bagaimanapun, huraian tentang kemahiran saintifik yang
berkaitan dengan pengetahuan yang dipelajari diberi di dalam dokumen yang lain.
A. MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP DI
SEKELILING KITA
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman
tentang kepelbagaian benda hidup
dan proses yang dilaluinya bagi meneruskan kehidupan. Tumpuan khas diberikan
kepada kajian tentang manusia supaya pelajar dapat memahami dirinya untuk
menghargai dan menjaga kesihatan. Pengenalan juga diberi kepada
perkembangan sains dan teknologi di dalam bidang kesihatan, genetik, pertanian
dan komunikasi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup manusia.
1. Kepelbagaian Benda Hidup
Dalam tajuk ini, benda hidup dikaji untuk memahami ciri dan sifatnya
bagi tujuan pengelasan dan juga kajian tentang sel sebagai unit asas benda
hidup. Manusia dibezakan daripada benda hidup yang lain
memandangkan bahawa manusia mempunyai akal dan roh serta telah
dicipta untuk mengurus alam ini.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
1.1 Kepelbagaian benda hidup di bumi: haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
mikroorganisma
1.2 Ciri-ciri am benda hidup
1.3 Sel: unit asas benda hidup dan strukturnya, organisma unisel dan
multisel, organisasi sel pada tisu, organ, sistem
1.4 Pengelasan benda-benda hidup: haiwan vertebrata dan
invertebrata, tumbuh-tumbuhan berbunga dan tidak
berbunga
1.5 Kedudukan istimewa manusia dalam alam.
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Mengagumi kewujudan pelbagai jenis benda hidup dalam
alam dan
mengamalkan sikap menghargai kehidupan
2. Dunia Melalui Deria Kita
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kepentingan deria
kepada manusia dan hidupan lain bagi mengesan alam sekelilingnya.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
2.1 Organ-organ deria: struktur dan fungsi
2.2 Pengesanan rangsangan dan gerak balas pada manusia dan
tumbuh-tumbuhan
2.3 Cahaya dan penglihatan: perambatan, pantulan, pembiasan dan
penyebaran cahaya, pembentukan imej dan
penglihatan objek berwarna
2.4 Bunyi dan pendengaran: sumber dan penghantaran bunyi, pantulan
dan serapan bunyi, frekuensi, kelangsingan,
kenyaringan dan
pencemaran bunyi
2.5 Had deria dan alat yang meningkatkan keupayaan mengesan
2.6 Kecacatan pada organ deria dan sumbangan teknologi bagi
mengatasinya.
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Bersyukur terhadap pemberian pancaindera kita serta mengamalkan
penjagaan keselamatan dan kesihatan deria.
· Menghargai sumbangan teknologi dalam usaha menambahkan
keupayaan deria kita bagi mengesan perubahan dalam alam sekeliling
dan mengatasi kecacatan organ deria.
3. Kordinasi Di dalam Badan Kita
Tajuk ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana badan kita
dikordinasikan melalui sistem saraf dan endokrin serta kesan bahan kimia
terhadap badan.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
3.1 Kordinasi saraf: tindakan pantulan
3.2 Otak manusia dan kerencamannya: bahagian dan fungsi otak,
tindak balas terkawal, tindak balas luar kawal,
minda dan kesihatan
mental
3.3 Kordinasi kimia di dalam badan: kelenjar utama badan, hormon
dan fungsi
3.4 Penyalahgunaan dadah dan kesannya terhadap badan
3.5 Deria kinestesis
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk
ini:
· Menghargai kepentingan otak dan sistem saraf yang mengawal segala
proses yang berlaku di dalam badan.
· Menyedari bahawa pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan
buruk kepada kesihatan dan perlakuan kita.
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang cara organisma
membiak bagi menentukan penyambungan generasi yang baru.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
4.1 Pembiakan seks dan aseks
4.2 Sistem pembiakan manusia: persenyawaan, perkembangan embrio,
tempoh hamil dan kelahiran
4.3 Pembiakan pada tumbuh-tumbuhan: pendebungaan,
pembentukan
buah dan biji benih, pembiakan vegetatif,
pembentukan spora
4.4 Pencaran dan pesembahan: agen-agen pencaran dan syarat bagi
percambahan
4.5 Pertumbuhan: faktor-faktor yang mempengaruhinya
4.6 Perbandingan kitar hidup: metamorfosis lengkap dan tak lengkap,
persenyawaan dalam dan luar
4.7 Kemajuan penyelidikan tentang pembiakan manusia
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk
ini:
· Menyedari bahawa pembiakan adalah proses untuk menyambung
zuriat dan menghargai sumbangan sains dalam mengatasi masalah
tentang pembiakan.
5. Variasi dan Keturunan
Tajuk ini bertujuan untuk menunjukkan mengapa terdapatnya variasi di
kalangan organisma serta kajian tentang keturunan
manusia.
Isi kandungan utama bagi tajuk
ini:
5.1 Variasi pada manusia dan organisma lain
5.2 Pembahagian sel: mitosis dan meiosis
5.3 Kromosom dan gen
5.4 Penentuan sifat pada manusia: gen dominan dan resesif
5.5 Penentuan seks pada manusia
5.6 Mutasi: faktor yang menyebabkannya berlaku
5.7 Kemajuan penyelidikan genetik: penyakit baka, pembiakan haiwan
ternakan dan
tanaman
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menghargai sumbangan penyelidikan genetik di dalam kemajuan
bidang pertanian dan perubatan bagi kesejahteraan hidup.
6. Mikroorganisma dan Kesannya kepada Manusia
Tajuk ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang
mikroorganisma,
faedah yang boleh didapati daripada aktiviti-aktivitinya serta kesannya
terhadap kesihatan kita.
Isi kandungan utama bagi tajuk ini:
6.1 Jenis-jenis mikoorganisma: bakteria, virus, kulat, protozoa dan alga
6.2 Pelbagai faktor yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma: suhu,
nilai pH, kelembapan, cahaya
6.3 Mikroorganisma yang berfaedah dan yang berbahaya
6.4 Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma serta pencegahan
dan rawatan
Nilai yang dipupuk menerusi tajuk ini:
· Menghargai peranan mikroorganisma yang mendatangkan faedah
kepada manusia.
· Mengamalkan kebersihan dalam kehidupan harian dan mengambil
langkah-langkah untuk mencegah penyakit.