Latihan 1 : Variasi Bahasa

Pilih jawapan yang paling tepat

1

Idiolek, dialek kawasan atau loghat, dan dialek sosial merupakan ciri-ciri yang menentukan

A. Tatabahasa

B. Sintaksis

C Variasi bahasa

D. Kesantunan bahasa

 

2. kelainan penggunaan bahasa di peringkat individu dikenali sebagai

A Dialek

B Idiolek

C Laras bahasa

D loghat

 

3.
  • Sungguhpun perbezaan tidak begitu ketara, namun berlaku perbezaans ebutan dan nada sebutan.
  • Banyak dikaitkan dengan perbezaan alat sebutan.
  • Dipengaruhi oleh tabiat pertuturan.

 

Kenyataan di atas menerangkan

A. Laras bahasa

B. Idiolek

C. Loghat

D. Kesantunan bahasa

 

4. Jika dilihat daripada rumpun bahasa, bahasa melayu termask dalam rumpun bahasa Austronesia. Rumpun bahasaAustronesia ialah:

I. Nusantara

II. Polinesia

III. Melanesia

IV Mikronesia

A. I sahaja

B. III dan IV

C. I, II dan III

D. I, II., III dan IV

E. IV sahaja

 

5. Pada umumnya, dialek bahasa Melayu merangkumi:

I. Bahasa Malaysia di Malaysia

II. Bahasa Indonesia di Indonesia

III. Bahasa Melayu di Brunei

IV. Bahasa Melayu di Singapura

A. I, III dan IV

B. I, II, III dan IV

C. I sahaja

D. III dan IV sahaja

E. II sahaja

 

6. Kelainan bahasa Melayu yang dituturkan di utara (Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak) dengan di Kelantan merupakan satu contoh gejala

A. Idiolek

B. Dialek Sosial

C. Dialek Kawasan

D Laras bahasa

E. Bahasa standard

 

7. Semua padanan sebutan berikut merupakan dialek kecuali:

A. besar, besau, besaq,bosa

B. awak, engkau, ekau, hang

C. mereka, hang pa, depa, beliau

D. tebal, tebai, teba, tobal

E. Awak semua, korang semua, engkau orang semua, hangpa semua.

 

8.
``Usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran.''
Kenyataan di atas dirujuk kepada

A. bahasa pasar

B. loghat

C. bahasa surat

D. bahasa baku

E. bahasa dialek Johor-Riau

 

9. Pada umumnya, penggunaan bahasa halus meliputi hal-hal yang berikut, iaitu:

I. Bahasa Istana

II. Bahasa surat-menyurat

III. Bahasa Pasar

IV. Bahasa kesat

A. III dan IV

B. II dan III

C. I dan II

D. I, II, III dan IV

 

(kembali ke laman utama )