Pemahaman
| 1. | Meliputi pemahaman perbualan, ucapan, syarahan, dan bahan-bahan bercetak seperti rencana, novel, puisi, serta alat-alat penulisan seperti graf, jadual, carta, gambarajah, dan gambar yang mempunyai penjelasan atau kapsyen | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2. | Bahan-bahan untuk aspek
pemahaman boleh dibahagikan kepada bahan linear dan bukan linear. Lihat
jadual berkenaan:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3. | Bahan Linear
Oleh kerana sifatnya yang kreatif (meliputi prosa, cerpen dan novel), maka pembacaan perlu dilakukan secara berulang kali untuk tujuan kefahaman yang mantap. Antara kemahiran penting yang diperlukan untuk memahami bahan linear ialah: i. membezakan isi utama dengan isi sokongan ii. memahami maksud perkatan menurut konteks iii. membezakan antara fakta dengna pendapat iv. membezakan isi yang releven dengna yang tidak releven v. membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang wajar berdasarkan sesuatu maklumat. Ini bermakna kita menggunakan pelbagai klu atau petanda daripada bukti, pola, atau petunjuk yang ada. vi. membuat hipotesis Hipotesis ialah pendapat yang dianggap benar sebagai alasan sungguhpun kebenarannya belum dibuktikannya. Ramalan pula ialah jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. vii. membuat ramalan viii. membuat kesimpulan ix membuat parafrasa Parafrasa ditakrifkan sebagai pengungkapan semula sesuatu tulisan (karangan atau sebagainya) dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna atau maksud asalnya. Pakar bahasa, Nik Safiah Karim et. al. (1994:505) menerangkan bahawa apabila dua jens ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku ayat-ayat yang bersifat parafrasa.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4. | Bahan Bukan Linear
Bahan bukan linear seperti graf, jadual, gambar rajah, statistik dan sebagainya. Pada umumnya kemahiran yang diperlukan untuk memahami bahan bukan linear sama seperti bahan-bahan linear.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5. | Data boleh dikemukakan dalam
bentuk senarai statistik atau jadual. Walau bagaimanapun, kemahiran yang
diperlukan adalah serupa , iaitu memahami isi utama dan sokongan dan
maksud perkataan. Lihat contoh di bawah:
KDNK: Prestasi mengikut sektor peratus (%)
(Sumber: Diubah suai daripada laporan Ekonomi 1997/98; Kementerian Kewangan Malaysia) isi utama Mengenai keluaran dalam negara kasar (KDNK): Prestasi Mengikut Sektor yag meliputi tahun 1996 dan 1997. isi sokongan Boleh dilihat pada bahagian lajur dan baris. lajur - Data nilai sumbangan kepada pertumbuhan KDNK baris - Sektor-sektor yang menyumbang kepada KDNK Berdasarkan pengetahuan am, anda perlu memahami apakah KDNK. kalau sukar untuk memahami apakah KDNK, cuba fahaminya berdasarkan konteks keseluruhan jadual di atas. Anda perlu menghuraikan jadual di atas dan perlu memahami beberapa perkataan dan istilah statistik yang digunakan. Beberapa soalan boleh dikemukakan daripada jadual di atas seperti sektor manakah yang paling kecil perubahannya dari segi sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi antara tahun 1996 hingga 1997, atau mungkin secara tidak langsung untuk menguji kefahaman anda seperti ke manakah sektor pelancongan dimasukkan. Oleh itu, anda perlulah mentafsirkan apakah yang dimaksudkan dengan setiap sektor itu.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||