Latihan Semantik

 

1. Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan kiasan melompat?

A Menjahit aju

B. Nafkah batin

C Mandi kerbau

D Pekak badak

 

2 . Antara yang berikut, yang manakah contoh-contoh kiasan melarat?

I Tanak nasi

II Berat mata

III Cakap berii

IV Ambil peduli

A I, II dan III

B. I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

 

3.

Air sungai mengalir lesu

Pokok-pokok meratib-meratap

Ayat-ayat di atas ialah contoh kiasan

A berkacau

B berbunga

C melompat

D pengorangan

 

4. Semua kata yang berikut bersifat hiponim kecuali

A kenderaan

B bunga

C penyakit

D telinga

 

5.

Merajuk kepada yang kasih

Bermanja kepada yang sayang

Meminta kepada yang ada

Berkaul kepada yang keramat

Petikan di atas ialah contoh

A kiasan

B bidalan

C pepatah

D perbilanan

 

6. Antara yang berkut, yang manakah yang bersifat polisim?

I mentah

II langkah

III hemat

IV bukit

A I, II dan III

B II dan IV

C II, III dan IV

D I, II dan IV

 

7. Contoh bentuk perkataan homograf ialah

I bela

II muka

III semak

IV perang

A I dan II

B I, II dan IV

C II dan IV

D I, III dan IV

8. Ungkapan bising seperti pasar borong merupakan

A Kiasan melompat

B kiasan terus

C kiasan berpindah

D kiasan asal

 

9. Perbezaan makna antara perkataan mati dan meninggal dunia adalah dari segi

A makna konotasi

B makna rujukan

C makna denotasi

D makna konseptual

 

10.

Perlahan-lahan Ahmad menghampiri anjing itu. Kemudian dia mermukul kaki anjing dengan batang besi. Anjing itu melonjak kesakitan. Anjing itu menerpa Ah Chong. Ah Chong terus mengayunkan batang besi tepat ke arah kepala anjing itu. Darah bersemburan keluar bagaikan pancutan air.

Petikan di atas ialah bentuk bahasa

A naik

B besar

C berulang

D bertimbal

(kembali ke laman utama skema peperiksaan STPM)