Latihan Analisis Kesalahan Bahasa

Baca petikan berikut dan kemudian kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan 

 

CILI KULAI ALTERNATIF KEPADA TANAMAN TEMBAKAU DI KELANTAN 

Sos cili telah lama menjadi bahagian daripada bahan perasa utama makan hampir setiap rumah di negara ini. Gunaannya semacam satu mestian bagi banyak jenis makan, sama ada sebagai pencicah untuk makanan seperti ayam goreng dan keropok serta bahan penyedap untuk mee goreng atau sup. 
Tanpanya makan pasti terasa hambar. 
Bagaimanapun tidak ramai yang tahu bahawa sebahagian besar bekalan cili bagi pembuatan satu jenama sos yang sangat kenal di negara ini datangnya dari Kelantan, khususnya dari Jajahan Pasir Puteh. 
Setiap tahun syarikat Nestle yang mengeluarkan sos cili Maggi mendapat bekalan sebanyak 300 tan metrik cili mentah daripada pengusahanya di Pasir Putih bagi menampung keperluan bekalan "Cili Kulai" yang digunakan dalam pembuatan sos cili berkenaan. 
Penanaman cili baka berkenaan yang dipelopori oleh Pertubuhan Peladang Bukit Awang (PPBA) sejak kira-kira sembilan tahun lepas bukan sahaja berupaya mendatangkan hasil sebanyak RM1 juta setahun kepada penanamnya, bahkan berpotensi besar untuk menjadi tanaman alternatif kepada tembakau yang diusahakan di situ sejak sekian lama. 


ANCAMAN SERANGGA MUDAH DIATASI 
Menurut penduduk yang terbabit, penanaman Cili Kulai tidak cerewet kerana berbanding dengan tanaman lain seperti tembakau yang memerlu kawalan rapi, penyediaan dan pengawalan kebun cili daripada ancaman serangga tidak begitu sukar. 
Dengan kelebihan itu serta pulangan hasil yang sangat berangsang, para petani terbabit yakin ia suatu tanaman yang mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka dan wajar mempertahankan. 
"Sejak mula menanam cili, kehidupan saya sekeluarga mula berubah," kata Mahusin Dollah, 51, seorang petani ketika ditemui di ladangnya di Kampung Gong Ketereh, Pasir Puteh. 
Mahusin mula terlibat dengan penanaman Cili Kulai sejak kira-kira tujuh tahun lepas. Hasilnya, beliau kini memperolehi pendapatan sebanyak RM9,000 semusim meliputi tempoh masa lapan bulan, dengan mengusahakan sebanyak 2,900 pokok di kawasan seluas 0.4 hektar. 
Mahusin yang dibantu oleh isterinya Rahmah Mat Saud, 46, berkata, tempoh punggutan hasil tanaman cili lebih panjang iaitu selama lima bulan berbanding hanya tiga bulan bagi tembakau. 
Katanya, beliau sanggup meninggalkan tanaman tembakau yang diusahakan bertahun-tahun sebelum itu kerana yakin dengan potensi Cili Kulai sebagai satu sumber pendapat tetap. 
"Saya kini tidak perlu lagi berulang alik ke Singapura untuk mencari rezeki sebagai buruh kasar," katanya. 

MAMPU BIAYAI PERSEKOLAHAN ANAK 
Menurut Mahusin, pendapatan yang diperolehi daripada tanaman cili itu membantu beliau membiayai persekolahan lapan orang anaknya termasuk dua yang sedang belajar di Politeknik Pasir Gudang dan Sekolah Menengah Agama Saniah, Pasir Puteh. 
Burhanudin Jusoh, 57, seorang petani di Kampung Gong Kemuning pula berkata, beliau mula mengusaha tanaman cili empat tahun lepas dengan tanaman pertama sebanyak 1,000 pokok yang memberi pulangan sebanyak RM7,300. 
"Tahun ini saya tanam sebanyak 4,000 pokok yang hasilnya akan dapat dikutip tak lama lagi," katanya penuh harapan bahawa musim kali ini bakal memberikan pendapatan lumayan sesuai dengan keringat yang telah dicurahkan sejak beberapa bulan lepas. 
Burhanudin yang turut dibantu oleh isterinya Wan Kamariah Wan Ahmad, 50, berkata pendapatan daripada tanaman cili adalah lebih baik berbanding tanaman lain seperti tembakau yang hanya memberikan hasil kira-kira RM4,000 untuk setiap 5,000 pokok. 
Bahkan, pendapatan daripada penanaman cili itu telah membolehkan beliau suami isteri menunaikan fardu haji pada tahun lepas. 
Malkalsom Abdul Ghani, 50, dari Kampung Gong Kala, Bukit Awang, berkata percubaan menanam 2,000 pokok cili dua tahun lepas memberikan kepuasan apabila mendapat pulangan hasil sebanyak RM7,000. 
"Musim ini saya tanam 4,000 pokok, mudah-mudahan dapat hasil berganda," katanya yang pernah bekerja sebagai penoreh getah. 

TEMBAKAU DISERANG PENYAKIT 
Jirannya, seorang nenek, Cik Ku Salamah Long, 66, turut menanam cili sebanyak 2,000 pokok setelah 10,000 pokok tembakaunya pernah musnah diserang penyakit. 
Pengurus Besar PPBA Muhamad Abdul Rahman berkata, sejak tanaman itu diperkenalkan pada tahun 1994, pihaknya telah berjaya memasarkan Cili Kulai bernilai RM4.7 juta. 
"Percubaan pertama dimulakan di kawasan seluas 12 hektar di Kampung Kulim oleh lima orang petani. Mereka berjaya memperolehi hasil sebanyak 3 metrik tan bagi setiap 0.4 hektar dengan pendapatan RM25,000," katanya. 
Menurutnya, kejayaan projek perintis itu setakat ini telah mendorong 365 petani untuk mengusahakan tanaman cili di di kawasan seluas 145 hektar yang dimilik PPBA. 
Petani terbabit terdiri daripada penduduk Kampung Bukit Tanah, Gong Ketereh, Gong Kemudu, Gong Kala, Bukit Awang, Gong Kemuning, Gong Nangka dan Kampung Sungai Gali. 
Katanya, bagi menjamin kestabilan harganya, tanaman cili di situ dijadikan tanaman bermusim dengan setiap petani tidak dibenar menanam lebih daripada 5,000 pokok. 
Muhamad berkata, PPBA berperanan memberikan khidmat nasihat dan bantuan teknikal berhubung input baja, benih, pembajakan, penggunaan racun serangga selain daripada keperluan harian petani itu sendiri seperti beras dan gula. 

CILI DIPROSES SENDIRI 
Menurutnya, pihaknya sedang merancang bagi proses sendiri tanaman itu sebagai cili puree yang lebih mutu dan mendatangkan hasil yang lebih kaya. 
Menurutnya, PPBA tidak mempunyai masalah pasaran malahan petani juga tidak perlu memasarkannya kerana hasil cili dijamin dibeli oleh syarikat Nestle dengan kuota 300 tan metrik setahun, pada harga RM2.40 sekilogram. 
Muhamad yakin penanaman cili itu dapat mengubah nasib petani di Kelantan sekiranya mereka diberi peluang mengusahakannya secara lebih meluas lagi. 
Penanaman Cili Kulai turut diusahakan oleh pertubuhan peladang lain di negeri Kelantan seperti di Dabong, Stong, Pergau, Lanas dan Gual Ipoh. 
Katanya negeri lain yang turut mengusahakan Cili Kulai ialah Perak, Kedah dan Terengganu.

 

(kembali ke laman utama)