Retorik

 

1.  
Seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.

Kepandaian menggunakan bahasa secara efektif sehingga menimbulkan rasa indah.

Penggunaan bahasa yang baik, berkesan dan menarik, sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan.

 

Ke semua ungkapan di atas menjelaskan peranan

A  bahasa daerah

B. laras bahasa

C. retorik bahasa

D  neka bahasa

E. bahasa halus

 

 

 

 

 

2. Untuk tujuan `memujuk' orang, retorik boleh dikembangkan melalui cara-cara yang berikut iaitu:

I. naratif

II deskriptif

III eksposisi

IV Penghujahan

 

A. I, II dan III

B III sahaja

C I, II, III dan IV

D I, III dan IV

 

3. Jika anda mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan, anda sebenarnya telah menggunakan teknik penulisan secara

A. induktif

B deduktif

C analogi

D rujukan

E objektif

 

4.  
Anda hanya perlu menceritakan atau memerikan kejadian, peristiwa, kegiatan, rupa dan bentuk sesuatu , atau watak seseorang. Perkara yang hendak anda ceritakan ``ada di hadapan'' anda atau setidak-tidakya ``sudah anda alami.'' Antara bahan yang sesuai untuk perkembangan penceritaan ialah laporan berita, laporan aktiviti, minit mesyuarat, atau ceramah/syarahan yang menerangkan sesuatu.

 

Petikan di atas merujuk kepada cara penceritaan

A naratif

B deskriptif

C eksposisi

D penghujahan

E objektif

 

5.
Cara ini digunakan untuk menerangkan atau memerikan sesuatu. Oleh itu cara ini dikenali juga sebagai cara pemerian. Penulis menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Penulis menggambarkan sesuatu kejadian, peristiwa, contoh, kiasan dan sebagainya untuk mempengaruhi pembaca atau pendengar.

Petikan di atas merujuk kepada cara penceritaan

A Naratif

B Deskriptif

C Eksposisi

D Penghujahan

E Objektif

 

 

6.  
Nangka jenis baru ini cepat mengeluarkan hasil, dalam sekitar 18 bulan setelah ditanam, berbanding dengan 30 hingga 36 bulan bagi nangka tempatan yang sedia ada. Sebenarnya, pada umur sekitar 12 hingga 15 bulan, anak-anak pokok ini sudah mula berbunga tetapi oleh sebab perkembangan pokok masih kecil, bunga-bunga ini mesti dipangkas, agar pokok tidak patah apabila berbuah nanti.

Dari segi perkembangan  dan teknik penulisan, petikan di atas ditulis menurut

A mod naratif dan teknik analogi

B mod eksposisi dan teknik deduktif

C mod penghujahan dan teknik deduktif

D mod deskriptif dan teknik induktif

E mod eksposisi dan teknik deduktif

 

7.  
Janganlah kita mudah termakan pujuk rayu pihak-pihak dari Barat yang cuba hendak menjatuhkan ekonomi negara ini. Lihatlah apa yang berlaku apabila penyangak mata wang George Soros yang melenyapkan berbilion-biliion wang dari rantau sebelah sini dengan teknik manipulasi pasaran mata wang sehingga menyebabkan banyak negara mengalami muflis, dan pada akhirnya ekonomi negara mereka dikawal oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

Teknik penulisan untuk petikan di atas ialah

A  penghujahan

B  induktif

C  deduktif

D  ulasan

E  prosa

 

 

8.  
Bagaimanapun kejayaan meletakkan TiungSAT-1 di angkasa dua tahun lalu, membawa bersamanya kesan sampingan penting iaitu pemindahan teknologi penerokaan angkasa lepas rakyat di negara ini. Melalui Tiung SAT-1, kita telah berjaya melatih jurutera dan saintis tempatan dalam pelbagai bidang sains khususnya dalam bidang pembinaan, reka bentuk dan juga pelancaran satelit.

Dari segi perkembangan mod dan teknik penulisan, petikan di atas ditulis menurut

A. mod naratif dan teknik analogi

B  mod naratif dan teknik deduktif

C  mod naratif dan teknik induktif

D  mod deskriptif dan teknik induktif

E. mod deskriptif dan teknik deduktif

 

9.  
Banyak sebab mengapa kita jangan membeli barangan berjenama X . Faktor pertama ialah bahan jenama X telah terbukti tidak berkesan untuk membersihkan kekotoran yang melekat pada pakaian, khsususnya daki. Faktor kedua ialah harganya yang terlalu mahal. Yang lain hanya dijual RM1 sedangkan yang ini RM4.

Dari segi perkembangan mod dan teknik penulisan, petikan di atas ditulis menurut

A  mod penghujahan dan teknik induktif.

B  mod penghujahan dan teknik deduktif

C  mod naratif dan teknik induktif

D  mod naratif dan teknik deduktif

E  mod eksposisi dan teknik deduktif

 

 

10. Antara yang berikut, yang manakah bentuk-bentuk penulisan yang sesuai menggunakan retorik hujah?

I    taklimat

II   syarahan

III  perbicaraan di mahkamah

IV  perdebatan

 

A  I, II dan III

B   I, II dan IV

C  II, III dan IV

D  I, II, III dan IV

E   II dan IV

 

(kembali ke laman utama)