Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
| Sendi Nama | Tugas/contoh |
| di | Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
| ke | Menunjukkan tempat atau arah
tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
|
| dari | Menunjukkan tempat atu arah
datang
Menunjukkan waktu atau masa
|
| kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukan
Menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
| daripada | Menunjukkan punca (cadangan
daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
| pada | Menunjukkan tempat sesuatu
perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
| untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat
untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
| bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan
tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
| demi | menunjukkan tujuan
menunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu |
| tentang | Menunjukkan rujukan |
| dengan | Menunjukkan turut serta
Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
| sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
| terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
| oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat
pasif
Menunjukkan sebab |
| akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
| hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
| seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |