Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh
dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
|
Jenis |
Contoh |
|
Sifat |
Baik,
cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat |
|
warna |
Merah,
jingga, ungu, putih, kuning langsat |
|
ukuran |
Pendek,
panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis |
|
bentuk |
Bulat,
bujur, leper, empat segi, lonjong. |
|
waktu |
Lama,
lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. |
|
jarak |
Dekat,
hampir, jauh |
|
cara |
Selalu,
jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. |
|
Pancaindera -
rasa -
pandang -
dengar -
bau -
sentuh |
Sedap,
lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk,
hodoh, jelita, cantik Bising,
senyap Busuk,
wangi, hangit, hapak Kesat,
kasar, lembab, halus, licin |
|
Adjektif
perasaan |
Takut,
seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. |
Tip |
||
|
Kata adjektif dikenali
jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar |
Kata adjektif menerangkan
keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. |
Adjektif perasaan harus
diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan
sebagainya.
Contoh: Saya sangat segan
dengan awak Ahmad amat rindu
akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu
untuk meminta pertolongan mereka. |