Anda akan dibekalkan dengan ID Pengguna dan Kata laluan.

Contohnya:

SMART Kota Belud SMART Padang Terap SMART Baling
ID Pengguna: tutorkb_0001
ID Pengguna: tutorpt_0001
ID Pengguna: tutorbaling_0001
Kata laluan: (seperti dibekalkan oleh PPD) Kata laluan: (seperti dibekalkan oleh PPD) Kata laluan: (seperti dibekalkan oleh PPD)

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata laluan diberikan.

Layari www.tutor.com.my

Untuk program tajaan, sila pilih pakej A untuk UPSR, pakej B untuk PT3 dan pakej C untuk SPM

Lengkapkan butiran yang diperlukan.Untuk ID Pengguna, ia akan bermula dengan
tutorkb_xxxx (SMART Kota Belud) / tutorpt_xxxx (SMART Padang Terap) / tutorbaling_xxxx (SMART Baling).
Setelah siap klik pada butang Seterusnya.
Bagi ruangan emel, anda perlu masukkan emel ibubapa atau emel guru anda.
Setiap kali anda mengulangkaji dan membuat latihan, makluman akan dihantar kepada emel ibubapa atau guru.

Anda akan dibawa ke ruang pembayaran. Pilih pada tajaan dan tekan butang seterusnya.

Akaun anda akan diaktifkan setelah pihak admin menerima emel pendaftaran anda.

Anda akan menerima satu emel yang menyatakan akaun sudah diaktifkan. Kembali ke halaman utama dan login menggunakan id pengguna dan kata laluan anda.

Anda akan dibawa masuk ke ruang utama yang mengandungi pakej dan kad laporan. Klik pakej anda.

Untuk tahap UPSR terdapat 4 subjek teras, PT3 terdapat 4 subjek teras dan untuk SPM terdapat 5 subjek teras disediakan.
Terdapat subjek lain disediakan dan ia adalah tambahan sahaja. Soalan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Soalan dalam format objektif. Setiap sesi pembelajaran, 5 sehingga 10 soalan dipaparkan secara rawak.

Soalan dalam format subjektif. Untuk satu sesi, 1 sehingga 3 soalan dipaparkan secara rawak.

Setelah selesai menjawab. Pelajar klik pada butang hantar untuk menyemak jawapan. Untuk soalan objektif, markah anda akan dipaparkan manakala untuk soalan subjektif, tiada markah dipaparkan. Pelajar boleh menyemak semula jawapan atau meneruskan dengan soalan seterusnya.

Kad laporan memaparkan latihan yang dibuat oleh pelajar.