Terima kasih pada semua
Muat turun borang penyertaan
 
Mengenai KRT
Kem Remaja Tutor adalah kemuncak dan kesinambungan kepada program akhbar Tutor yang telah dilanggan oleh sekolah sekolah.  Kem ini adalah untuk membantu meningkatkan sahsiah, keyakinan, dan kecerdasan minda  pelajar bagi menghadapi peperiksaan sebenar serta melahirkan rasa syukur dan terima kasih yang bercorak Kokurikulum serta menyahut saranan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Objektif
»
Membimbing dan menyedarkan peserta tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, anak dan murid agar mereka mampu menjadi insan dan generasi yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik bahkan melahirkan insan yang seimbang kecemerlangannya dari sudut rohani, jasmani, kreativiti, emosi dan intelektual.
»
Membentuk peserta agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi agar mampu mencapai menjadi insan cemerlang.
»
Membina ketrampilan diri kewibaan peserta sebagai pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang
»
Memupuk semangat kerjasama, setia kawan dan menerapkan nilai kasih sayang sesama insan dikalangan peserta.
»
Melahirkan kesyukuran di dalam diri pelajar
»
Melahirkan rasa terima kasih kepada guru, ibu bapa dan kawan
 
Untuk pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi
Pn Farnida Mohamed Norawi – Eksekutif Pendidikan (Pemasaran) 016-2338954
Mohd Saiful Mohd Sahak 012-6548897