Soalan Lazim

Soalan: Bagaimana untuk melanggan sistem pembelajaran Tutor?
Jawapan: Sila layari http://www.tutor.com.my/contents/userguide untuk panduan pendaftaran.
Soalan: Bagaimana cara pembayaran?
Jawapan: Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kaedah dibawah.

01. Menggunakan MOLPay untuk membayaran atas talian seperti kad kredit, maybank2u, cimbclicksm, rhbnow, fpx, tunai di 7eleven dan banyak lagi. Setelah pembayaran disahkan, akaun anda akan diaktifkan serta-merta.

02. Pembayaran melalui cek/ wang pos atas nama Utusan Melayu (M) Bhd atau deposit tunai/perbankan internet ke akaun Maybank 5144 0480 4387. Anda perlu faks slip bayaran ke nombor 03-9221 2053 atau emel kepada [email protected] Setelah pembayaran disahkan, akaun anda diaktifkan dalam masa 24 jam.
03. Pembayaran tunai, sila hadir ke pejabat kami di alamat Unit Pendidikan, Utusan Melayu (M) Bhd, 44 Jalan Utusan off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
Soalan: Apakah pakej dan subjek yang disediakan?
Jawapan:

Soalan: Anak saya belajar di tahun 5 dan tingkatan 2, adakah sistem pembelajaran ini sesuai untuk mereka?
Jawapan: Sistem pembelajaran tutor ini memfokuskan kepada latih tubi dan soalan yang dipaparkan adalah secara rawak. Ia tidak disusun mengikut tahap murid. Sesuai untuk murid/pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti murid tahun 6, pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5.
Soalan: Berapa lama tempoh masa untuk akaun diaktifkan?
Jawapan: Bagi pembayaran melalui MOLPay, akaun akan diaktifkan serta-merta setelah pihak MOLPay mengesahkan pembayaran. Bagi pembayaran menggunakan cek, wang pos dan perbankan internet, akaun akan diaktifkan setelah pihak kami menerima slip bayaran dan membuat pengesahan pembayaran.
Soalan: Apakah bentuk soalan yang disediakan?
Jawapan: Terdapat 2 bentuk soalan iaitu objektif dan subjektif. Untuk soalan objektif, murid boleh menyemak jawapan secara terus manakala bagi soalan subjektif/struktur, jawapan contoh akan diberikan untuk membolehkan murid membuat perbandingan dengan jawapan diberikan.
Soalan: Selain soalan, adakah terdapat nota disediakan?
Jawapan: Buat masa sekarang, tiada nota disediakan. Hanya soalan berbentuk latih tubi disediakan.
Soalan: Kenapa tiada markah untuk soalan subjektif didalam kad laporan?
Jawapan: Markah hanya diberikan untuk soalan berbentuk objektif manakala untuk soalan subjektif tiada markah akan direkodkan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hantarkan melalui borang ini.